Raja Azmi Meng4ku T4nggung Suami Sejak Dua Tahun Lalu

Pelakon dan penerbit filem, Raja Azmi mengakui menanggung suaminya yang juga pemuzik, Mohd Eddie Ghazali sejak dua tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Raja Azmi berkata suaminya terj3nas pendapatan berikutan pandemik sejak lebih dua tahun lalu.

“Suami menjaga bapanya sakit. Tidak lama selepas itu bapanya men1nggal dunia. Itu percaturan Allah SWT buat dirinya. Dia kini merencana perjalanan kerjaya memandangkan sektor pekerjaannya bakal kembali beroperasi Jun ini.

“Dia adalah pemuzik di kelab yang semuanya ditvtup sepanjang tempoh sekatan sebelum ini. Jadi, buat masa ini tugasnya adalah menemani saya ke mana-mana majlis atau acara.

“Suami isteri seharusnya hidup bertolak ansur. Ketika dia svsah, saya tolong. Mana tahu jika dia berjaya nanti, dia pula yang menanggung saya,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata tiada siapa yang sempurna namun dia menyifatkan suaminya sebagai seorang yang romantik dan bertanggungjawab.

“Masuk usia semakin senja ini, tiada apa yang saya harapkan selain kebahagiaan hingga hujung nyawa. Suami saya semakin hari semakin romantik.

“Dalam 10 perkara, hanya satu kekvrangannya. Jadi kenapa tidak tutup sebelah mata dan melihat kebaikannya. Malah, kita sendiri pun tidak sempurna,” katanya.

Terdahulu, Raja Azmi dan Eddie berkahwin pada 13 Oktober 2013, namun bercerai kira-kira setahun selepas itu. Bagaimanapun mereka rujuk kembali dua tahun selepas itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Raja Azmi Meng4ku T4nggung Suami Sejak Dua Tahun Lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*