Pak Nil Terkejvt Bangun Subvh Dah Kumpul RM100,000 Bantu Zamani

PERNAH bertemu dan menjadi tetamu dalam sebuah program kira-kira enam bulan lalu, pengacara Datuk Aznil Nawawi terk3jut melihat perubahan terkini penyanyi Zamani yang kelihatan sangat berbeza.

Perubahan fizikal itu akhirnya terjawab selepas Aznil menonton video temu bual Zamani bersama mStar baru-baru ini yang mended4hkan mengenai peny4kit tulang belakang atau skoliosis yang dihidapi olehnya.

Mengambil inisiatif untuk membantu, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil membuka satu tabung khas bagi mengumpul dana untuk rawatan Zamani.

“Saya pernah jumpa Zamani masa dia datang ke program saya… apabila melihat tayangan semula program itu, nampak banyak sangat perubahan Zamani.

“Jauh beza perubahan bentuk badannya. Saya tak nak la tanya lebih, tapi ada baca laporan mengenai s4kit dia dan baru-baru ini ada tonton temu bual Zamani dengan wartawan mStar.

Aznil berkongsi dana awal terkumpul RM51,000.

“Dia tak nak meminta-minta atau orang kumpul dana. Tapi takkan saya nak berdiam diri tanpa buat apa-apa. Jadi saya bantu dia dengan buka akaun bank untuk kumpul dana.

“Saya tak beritahu Zamani sebab bimbang dia akan menolak. Bila saya dah berjaya kumpul RM60,000 dalam masa 24 jam, barulah saya beritahu dia,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Aznil bersyukur apabila niat untuk membantu membiayai kos pemb3dahan tulang belakang penyanyi Zamani Slam yang mend3rita penyakit tulang belakang atau skoliosis mendapat sambutan peminat.

Malah, pengacara terkenal itu turut memuat naik rakaman perbualannya dengan penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu sebagai bukti di laman Instagram.

Saya ada hubungi pengurus Zamani untuk maklumkan mengenai tabung itu.

Dalam pada itu, Aznil memberitahu dia memaklumkan perkara itu kepada pengurus Zamani kemudian penyanyi itu sendiri terus menghubunginya.

“Saya ada hubungi pengurus Zamani untuk memaklumkan mengenai tabung itu. Selepas itu, Zamani pun hubungi saya dan mengucapkan terima kasih.

“Zamani kata dia pun tak tahu berapa lagi keseluruhan kos rawatan dan pemb3dahan yang perlu dilakukan. Mula-mula dia minta saya pegang dulu duit itu. Jadinya, saya pegang amanah dia,” ujarnya.

Apa yang mengejutkan lagi, Pak Nil memaklumkan dana itu bertambah sebanyak RM40,000 menjadikan jumlah terkumpul RM100,000 pada pagi Jumaat.

“Lepas itu, nak jadikan cerita ikutkan pada tengah malam semalam saya sudah beritahu di laman sosial yang tabung dana itu dah ditutup.

Aznil puji sikap pemurah rakyat Malaysia.

“Tapi mengejvtkan bila saya bangun subuh pagi tadi, ada lagi orang derma dan jumlah tambahan ada RM40,000. Jadi keseluruhan terkumpul dalam RM100,000.

“Saya ada mesej Zamani untuk maklumkan mengenai tambahan duit sumbangan itu. Tapi masih belum ada respon… mungkin saya akan jumpa dia untuk bincangkan macam mana,” katanya.

Sementara itu, Aznil memberitahu dia tidak mahu Zamani berasa tert3kan untuk melakukan pemb3dahan disebabkan sudah mempunyai dana daripada sumbangan orang ramai termasuk rakan selebriti seperti penerbit Datuk A. Aida.

“Saya tak nak Zamani berasa tert3kan dengan duit tabung yang dikumpul itu. Tidak bermaksud jika duit dah ada Zamani kena juga buat pembed4han.

“Terpulang kepada Zamani, sama ada gunakan duit itu untuk kos rawatan atau pembedahan. Sebab kita pun tak tahu keadaan sebenar Zamani macam mana.

“Tapi sekurang-kurangnya kalau Zamani perlu duit pembedahan dengan cepat, dia sudah ada. Selain itu, boleh juga digunakan untuk kelangsungan hidupnya,” kata Aznil.

Sekadar info, Aznil juga pernah membuka tabung dana untuk mangsa banjir di Bukit Changgang dan keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19 serta anak-anak tahfiz.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Pak Nil Terkejvt Bangun Subvh Dah Kumpul RM100,000 Bantu Zamani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*