Puteri Sarah ucap tahniah kepada Syamsul selepas Filem Mat Kilau berjaya mencecah RM90 juta

Biarpun rumah tangga sedang bergolak, pelakon Puteri Sarah Liyana melayangkan ucapan tahniah kepada suami tercinta, Syamsul Yusof, apabila jualan tiket filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah menyatakan dia menjadi saksi melihat proses pembikinan filem epik mega itu.

Kata aktres berumur 36 tahun, biarpun ketika itu sedang ham1l anak kedua iaitu Sumayyah, dia gagah diri turun ke set penggambaran untuk memberi sokongan.

“Saya nak ucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga team Mat Kilau sepanjang menyiapkan filem yang kini menjadi naskah paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke set, bagi sokongan. Dan saya tahu proses-proses yang dilalui mereka ketika penggambaran.

Ada msalah dekat set dan proses suntingan pun dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.

Kongsi keuntungan?

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menghargai usaha keras barisan pelakon dan kru yang menjadi tonggak utama.

“Berbanyaklah tahniah kepada pelakon, team kru yang paling pen4t sekali dan juga pengarah. Alhamdulillah syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa.

Kepada producer Studio Kembara yang bakal dapat RM90 juta itu, tahniah!”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Ditanya sama ada dia bakal menerima keuntungan daripada hasil kutipan tiket, pelakon drama Melastik Ke Hatimu menjawab, “Kalau saya Studio Kembara, saya dapat.

Ditayangkan sejak 23 Jun lalu, filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd diterajui ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin Johan As’ari dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber : OHBULAN!

Be the first to comment on "Puteri Sarah ucap tahniah kepada Syamsul selepas Filem Mat Kilau berjaya mencecah RM90 juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*