“Tidak Boleh Kembali Normal” – Ujian Besar Buat Zamani Slam, Ini Yg Jadi Lepas Ujian Imbasan.

Penyanyi veteran, Zamani Slam atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, meluahkan rasa syukur apabila dia akhirnya akan menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakangnya yang melengkung akibat penyakit skoliosis yang dialaminya sejak 2015.

Menurut laporan Berita Harian, dia akan menjalani pembedahan tersebut di sebuah hospital pada awal November depan selepas doktor memberi jaminan kesihatan tulang belakangnya itu akan kembali pulih.

Difahamkan, pembedahan segera perlu dilakukan apabila keadaan tulang belakangnya yang terkini sudah mencucuk tulang rusuk dan ia akan menghimpit jantungnya.

“Dahulu, saya agak takut apabila dimaklumkan tiada peluang untuk sembuh. Namun, yang diterima tidak tepat,”

“Selepas melakukan ujian imbasan, doktor mengesahkan mempunyai harapan tinggi untuk sembuh. Namun, tidaklah boleh kembali kepada normal,” katanya.

Malah, penyanyi kelahiran Selangor itu juga turut memaklumkan pembedahannya itu sepatutnya dijadualkan pada bulan Oktober namun, ia terpaksa dianjak ke awal November disebabkan oleh komitmen kerja yang dihadapinya.

Dalam pada itu, Zamani turut mendedahkan kos bagi melakukan rawatan tersebut dianggarkan akan melebihi RM100,000.

Buat masa kini, penyanyi yang berusia 51 tahun itu perlu makan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor sebelum menunggu hari pembedahan tersebut tiba.

Pun begitu, dia mengakui mempunyai perasaan gementar dan takut untuk menjalani pembedahan tersebut yang akan memakan masa lapan hingga 10 jam di bilik pembedahan,.

Malah, sebaik sahaja pembedahan itu berjaya, berkemungkinan Zamani akan kembali sembuh selepas dua minggu dan akan menjalani rawatan fisioterapi.

Dalam pada itu, Zamani berharap pembedahan tersebut akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah meskipun dia mengetahui kesihatannya tidak akan sembuh 100 peratus selepas membetulkan tulang belakangnya.

Bagi peminat penyanyi lagenda, Zamani, 51 pasti tahu tentang kondisi kesihatannya yang kurang baik sejak kebelakangan ini.

Dia yang mengalami masalah tulang belakang bengkok dilihat masih kuat bekerja walaupun fizikalnya sudah sedikit berubah.

Susulan daripada itu, pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi telah mengambil inisiatif mengumpul sumbangan daripada rakan artis dan para peminat penyayi itu untuk membantunya dari segi kewangan untuk mendapatkan perubatan bagi membetulkan kondisi tulang belakang.

Serahkan sumbangan orang ramai kepada Zamani

Oleh itu, menerusi perkongsian terbaru Pak Nil di Instagram, beliau telah bertemu dengan Zamani sendiri dan menyerahkan Rm120,000 sumbangan yang terkumpul untuk membolehkan penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu melakukan pembedahan.

“Amanah sudah Pak Nil sempurnakan. Terima kasih atas kepercayaan anda semua,” tulisnya.

Terima kasih kepada semua yang membantu

Dalam pada itu, Zamani yang begitu terharu dengan sumbangan yang diterima telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua khususnya Pak Nil kerana mengambil berat tentang keadaan kesihatannya.

Dia telah menulis ucapan terima kasih tersebut di ruangan Instagram serta memuat naik semula video ketika pertemuan mereka.

“Syukur ke hadrat illahi dgn segala nikmat kurniaanNya..

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zamani Ibrahim (@iamzamani.official)

Alhamdulillah..saya sudah terima semua jumlah keseluruhannya, terima kasih terutamanya kepada Pak Nil dan juga kepada semua yg menyumbang serta yang tak henti² mendoakan saya dan saya doakan segala kebaikan dan kesihatan yang baik buat anda semua..

hanya Allah swt sahaja yang dpt membalasnya..insyaAllah..aamiin..terima kasih banyak² buat semua..” tulis Zamani.

Terima kasih Pak Nil, banyak jasa untuk masyarakat

Menjengah ke ruangan Instagram Pak Nil, ramai rakan artis serta peminat yang meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih atas usaha murni untuk membantu penyanyi lagenda kita ini.

Mereka juga berharap agar Zamani mendapat rawatan terbaik dan kembali sihat seperti sedia kala.

Terharu tengok betapa peminat sayangkan Zamani

Semooga urusan dipermudahkan

Sumber: Berita Harian ( Fatin Farhana Ariffin), OMM, Instagram aznilhajinawawi, iamzamanislam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://dailynewstime-24.com/

 

Be the first to comment on "“Tidak Boleh Kembali Normal” – Ujian Besar Buat Zamani Slam, Ini Yg Jadi Lepas Ujian Imbasan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*