Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi, ini yang dia buat atas pentas buat ramai terkejut

Kuala Lumpur: Aksi penyanyi Shila Amzah mengeluarkan gula-gula dari mulut dan membvang di pentas sempat dirakam kamera ketika dia membuat persembahan menyanyikan lagu Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2, semalam.

Video itu kemudiannya dikongsikan pengguna di aplikasi TikTok hingga mendapat pelbagai maklum balas.

“Bila ko (kau) lupa nak bvang gula-gula masa ‘perform’ dan kali ni terbang ya gula-gula tu. Bertabahlah abang yang kutip tu,” tulis pengguna Yazid Yacob.

Hantaran video itu sudah mencecah lebih 250,000 tontonan, lebih 2,900 tanda suka dan lebih 100 komen.

Pengguna sama juga turut memuat naik video penuh persembahan Shila bagi memenuhi permintaan seorang pengguna lain yang bertanya mengenai perkara itu.

Perkara itu bukan kali pertama Shila dilihat melakukan aksi itu kerana kali pertama ia dapat dirakam ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu.

“Hari tu rasanya dia juga buat macam tu. Lain Kali pegang genggam je la dulu. Tak payah bvang merata macam tu. Kalau kena ke gula getah tak kah naya orang terp1jak,” tulis ciknurullpompom.

“Semi final yang lepas, lagu Pelukan Angkasa tu pun sama. Adui per4ngai,” tulis Idrul Nafiz.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi, ini yang dia buat atas pentas buat ramai terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*