1.2 juta kali ditonton, video Sweet Qismina bersiap jadi pengantin buat ramai puji ‘manis’

 

Pada pagi Isnin, 24 Oktober 2022 yang mana sempena ulang tahun kelahiran Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi dia sah bergelar isteri kepada pelakon, Adam Lee. Sekali lafaz, pasangan yang pernah berlakon membintangi drama Adam Chempaka sebagai hero dan heroin ini mendapat perhatian ramai.

Sweet Qismina dan Adam Lee mengikat tali pertunangan pada tahun lalu selepas bercinta selama tiga tahun. Pasangan ini bagaimanapun antara pelakon yang jarang sekali terpalit kontroversi meskipun telah mendedahkan hubungan cinta mereka.

IMG_20221024_105833

IMG_20221024_105849

Pasangan sama cantik, sama padan ini juga dilihat memakai busana serba putih di hari penikahan mereka yang berlangsung pagi tadi. Majlis pasangan pelakon ini juga diraikan dengan kehadiran keluarga mereka. Dalam pada itu, selain majlis akad nikah pasangan ini menjadi tumpuan, ternyata persiapan Sweet Qismina ketika menjadi pengantin ini juga membuatkan ramai begitu teruja.

‘Manis seperti namanya’, itu antara komen peminat buat pengantin jelita ini apabila rakaman video dikongsikan ini memaparkan Sweet Qismina disiapkan oleh pihak yang terlibat.

@ehmalaysia #ehksklusif video belakang tabir persiapan Sweet Qismina di hari pernikahannya. Tahniah Sweet Qismina. #ehmalaysia ♬ You’re Still The One – Remixed/Remastered 2004 – Shania Twain

Muat naik eksklusif ehmalaysia itu bagaimanapun membuatkan ramai peminat memberikan pujian buat Sweet Qismina. Apatah lagi dia antara pelakon kanak-kanak yang sehingga kini masih bergiat aktif sebagai anak seni.

“Banyak banyak artis kawen suka naw tengok dia…”

Sweet

“Laa kita yang sebak…”

Sweet

“Sesuai dengan namanya, sweet…”

IMG_20221024_184121

“Dari dia kecik kita suka sangat dia…”

IMG_20221024_184138

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "1.2 juta kali ditonton, video Sweet Qismina bersiap jadi pengantin buat ramai puji ‘manis’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*