Cik B Potong Rambut Persis Lelaki, DSV Tak Kisah Anak Mahu Nikmati Zaman Remaja

 

Baru-baru ini, anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) meraih perhatian ramai dengan penampilan terbarunya kini. Remaja berusia 17 tahun dikenali sebagai Cik B itu tampil dengan penampilan baru mengenakan potongan rambut pendek persis seorang lelaki.

Oleh kerana rambut pendek itu kebiasaannya digayakan oleh kaum lelaki sahaja, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen sebaik sahaja remaja itu berkongsikan penampilan terbarunya itu. Namun menurut DSV selaku ibu kandungnya, dia tidak kisah dengan penampilan anaknya itu sebaliknya memberikan ruang dan masa untuk Cik B menikm4tinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram itu, DSV memberitahu dia mahukan anaknya mencuba dan menerokai segala momen yang ada semasa di dalam proses meningkat dewasa. Malah sebagai ibu, dia turut memberikan sepenuh sokongan kepada anaknya itu walaupun penampilan itu menerima kritikan dari segelintir netizen.

“Bagi masa untuk Cik B, biar dia buat apa yang dia suka, explore zaman kanak kanak remaja. Cik B membesar tak sama macam orang lain…”

Jelasnya lagi, Cik B membesar tidak sama dengan remaja yang lain kerana dia sudah diamanahkan untuk mengendalikan perniagaan yang diserahkan kepadanya pada usia yang muda ini. Perkongsian dari DSV ini turut menerima sokongan daripada kebanyakan netizen yang berpendapat ini hanyalah salah satu proses untuk Cik B melangkah ke alam dewasa.

Malah netizen turut memberikan pujian kepada DSV yang memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan buat anaknya itu walaupun menerima kritikan dari orang ramai. Menurut netizen, mereka juga pernah melalui fasa yang sama seperti Cik B namun lama kelamaan akan berubah kembali membela rambut panjang selepas meningkat dewasa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Cik B Potong Rambut Persis Lelaki, DSV Tak Kisah Anak Mahu Nikmati Zaman Remaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*