Mangsa KemaIangan Santai Main Game Dulu Sementara Tunggu Ambulans Raih Perhatian

 

Kebiasaannya mereka yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pasti akan berasa panik dengan kejadian yang menimpa mereka. Selalunya orang awam pasti akan membantu menenangkan mangsa kemaIangan sementara menunggu bantuan ambulans tiba di tempat kejadian.

Namun baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki yang terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ini mencuri tumpuan ramai dengan reaksi santainya. Menerusi video yang dimuat naik ini, pemilik video merakamkan suasana di sekitar tempat di mana kemalangan berlaku.

Turut kelihatan, pihak polis dan orang awam yang berada di tempat kejadian untuk melihat keadaan mangsa yang terlibat. Apa yang mencuri perhatian ramai ialah gelagat mangsa kemalangan yang santai berbaring di tepi jalan sambil bermain permainan Candy Crush di telefonnya.

@.hazelmint ambulans lambat sngat, segame dulu 🗿#fypシ #HadaLaboCantikGlow #fypage #foryoupage ♬ tenang by amcha – amchaa

Walaupun kawasan tersebut dipenuhi dengan orang awam yang hadir menjenguk tempat kejadian, lelaki itu dilihat begitu santai terbaring di situ dan seperti berada di dalam dunianya sendiri. Video yang dimuat naik itu juga tular dikongsikan di media sosial dan menerima lebih satu juta tontonan setakat ini.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat reaksi santai lelaki itu yang masih sempat bermain game walaupun baru sahaja terlibat dengan kemalangan. Namun ada juga yang berpendapat mungkin itu salah satu cara lelaki tersebut menghilangkan stress selepas apa yang berlaku.

“Selagi kita boleh santai kita santai bang walaupun kesakitan melanda.”

mangsa

“Orang kata stress-stress lagi sakit so kita kena santai.”

kemalangan

“Member tengah tenangkan diri.”

komen

“Tenang sangat ni bang.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Mangsa KemaIangan Santai Main Game Dulu Sementara Tunggu Ambulans Raih Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*