Kenyataan A.Aida Utamakan Rupa Dari Bakat, Penggiat Seni Tidak Setuju!

 

Beberapa hari lalu kenyataan dibuat pelakon dan penerbit drama terkenal, Datuk A.Aida tentang kriteria pencarian pelakon baru telah menjadi perhatian ramai. Lebih mementingkan rupa paras dari bakat, Datuk A.Aida teruk jadi pertikaian penggiat seni yang lain.

Dalam kenyataan tersebut difahamkan Datuk A.Aida sedang mencari pelakon baru dan kriteria paling utama mestilah cantik atau kacak. Bakat boleh digilap katanya. Kenyataan penerbit drama ini telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan anak seni dan netizen.

Salah seorang darinya adalah pelakon berbakat Amerul Affendi yang memuat naik satu hantaran di Twitter yang mempersoalkan kenyataan Datuk A.Aida tersebut. Menerusi hantaran tersebut Amerul Affendi bertanya adakah benar jika pelakon kacak dan cantik dalam satu drama akan ramai yang tonton?

Berikut adalah hantaran yang dibuat oleh Amerul Affendi menerusi akaun Twitter miliknya itu:

Tidak cukup dengan itu, satu lagi hantaran dari Amerul Affendi yang mencadangkan agar semua IPTA dan IPTS yang menawarkan semua kursus lakonan untuk ditutup.

Katanya tak baik scam bakal2 pelajar yang bersungguh-sungguh berhabis duit mencari ilmu. Ini kerana kenyataan oleh Datuk A.Aida itu yang juga lembaga pengarah Finas mengundang ikutan ramai.

Di ruangan komen, bukan sahaja netizen malah pelakon juga ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk A.Aida berkenaan. Berikut antaranya:

“Kami mahu kualiti bakat, bukan rupa semata-mata”

Screenshot at Oct 26 10-39-20

“Nope saya suka Nad Zainal dengan Beto Kusairy. Pada saya depa tak cantik dan handsome mana. Tapi bila dapat watak feel watak tu real”

Screenshot at Oct 26 10-38-41

“Setuju bukan nak dengki dengan rezeki. Mende ni dah jadi dari zaman penyampai radio dulu lagi. Orang yang betul2 study pasal mass comm dan dunia penyiara tiba2 takde job sebab pelawak2 dah amik tempat diorang”

Screenshot at Oct 26 10-37-23

“Aswara pun tutup je lah macam tu. Penat dan buang duit me as parent hantar anak belajar kat sini kalau rupa paras jadi ukuran”

Screenshot at Oct 26 10-36-49

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber:  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Kenyataan A.Aida Utamakan Rupa Dari Bakat, Penggiat Seni Tidak Setuju!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*