Kena ‘kenen’ dengan Hawa Rizwana, Khai Bahar hanya anggap gurauan ramai

Penyanyi terkenal, Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairuddin Baharuddin memaklumkan ‘kenen-kenen’ yang dilakukan oleh netizen bersama pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana hanyalah gurauan semata-mata.

Menurut laporan Harian Metro, Khai sudah dapat membaca sikap ‘nakal’ net1zen yang suka mengusiknya untuk menjalinkan hubungan percintaan bersama selebriti jelita.

“Kalau orang lain (penyanyi) pun, ada rakan duet. Termasuk, yang berlakon juga mesti ada netizen atau peminat yang nak ‘kenen-kenen’ sebab nampak serasi dan mereka (netizen atau peminat) jadi suka.
“Untuk saya, jika nak ‘kenen-kenen’ dan macam gurau-gurauan itu, okay saja. Tapi, jangan sampai terlalu seriuslah,” katanya bakal melancarkan lagu duet terbaharu dengan penyanyi wanita popular pada Disember depan,” ujarnya.

Malah, sebelum ini penyanyi yang berusia 29 tahun itu pernah terpalit dengan kontroversi ada menjalinkan hubungan istimewa bersama penyanyi popular, Siti Nordiana dan Aina Abdul kerana dilihat amat serasi bersama.

Pun begitu, Khai menafikan perkara tersebut dan hubungan dia antara dua orang penyanyi itu hanyalah rakan baik dalam industri hiburan.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://www.tehtarikkaw.com/

Be the first to comment on "Kena ‘kenen’ dengan Hawa Rizwana, Khai Bahar hanya anggap gurauan ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*