“Kenapa Tak Bawa Ke Mahkamah?” – Adam Shahz Persoal Tindakan Fatin Afeefa

 

Pelakon, Adam Shahz tampil bersuara selepas bekas isterinya yang juga pelakon, Fatin Afeefa membuat pendedahan mengenai Adam yang didakwa tidak pernah memberikan nafkah kepada anak-anak mereka selama empat tahun.

“Kenapa Tak Bawa Ke Mahkamah?”

Menerusi Insta Stories, Adam turut mempersoalkan tindakan bekas isterinya yang tidak membawa kes ke mahkamah jika benar apa yang didakwa.

“Sudah 5 tahun, tak habis-habis lagi. Setiap set dicanangnya macam-macam. Siapa yang tak MOVE ON ni? Kalau betul 1 sen tak bagi, kenapa tak bawa ke mahkamah?.”-Soal Adam

Tidak Kepil Sijil Cer4i Perkahwinan Pertama

Tambahnya lagi, pelakon drama Juvana ini juga meluahkan rasa musykil dengan bekas isterinya yang tidak kepilkan sijil penrcer4ian dari perkahwinan pertama andai Fatin Afeefa pernah berkahwin sebelum ini.

“Ada kemusykilan, katanya perkahwinan KEDUA, tapi dulu kenapa tak ada attach kan sijil cer4i perkahwinan pertama.”-Tulis Adam

Murai My terdahulu pernah melaporkan mengenai Fatin Afeefa yang mengaku pernah berkahwin sebanyak dua kali dan anak sulungnya itu hasil daripada perkahwinan pertama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://murai.my/

Be the first to comment on "“Kenapa Tak Bawa Ke Mahkamah?” – Adam Shahz Persoal Tindakan Fatin Afeefa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*