Wanita Ugvt Nak Dedah Sisi Gelap, Caprice Tak Gentar Kisah Lama Nak Dibongkar

 

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita memberitahu akan mendedahkan sisi gelap penyanyi rap, Caprice. Menurutnya, dia telah bersedia untuk membongkarkan rahsia Caprice sekaligus menarik perhatian orang ramai di perkongsian tersebut.

Seperti yang semua sedia maklum, Caprice antara individu yang lantang bersuara mengenai isu-isu terkini yang berlaku di Malaysia. Malah dia juga tidak teragak-agak untuk membongkarkan rahsia individu yang terbabit menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

Namun video yang dimuat naik oleh wanita tersebut di Tik Tok kemudiannya dipadamkan selepas ianya dibanjiri oleh komen-komen dari netizen yang tertanya-tanya mengenai rahsia yang dipegangnya. Susulan isu yang hangat diperkatakan ini, Caprice turut terpanggil untuk memberikan respon terhadap video yang tular itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Menurut Caprice, dia tidak gentar dengan ugutan yang diberikan sebaliknya mengaku dia sememangnya seorang ‘bad boy’ semasa zaman mudanya. Penyanyi rap itu turut berkongsikan beberapa gambar lama yang pernah dimuat naik di Facebook miliknya semasa dia aktif melakukan persembahan pada satu ketika dahulu.

Malah Caprice memberitahu mempunyai teman wanita yang ramai semasa zaman hip hop bukanlah satu perkara jenayah. Dalam masa yang sama, dia mengalu-alukan wanita tersebut untuk membongkarkan sisi gelap dan rahsia yang dipegang olehnya kepada orang ramai.

caprice

Tambah Caprice lagi, pihak peguamnya juga akan bersiap sedia menyediakan surat saman sekiranya perkara yang dibongkarkan oleh wanita itu adalah tidak benar. Difahamkan, tiada sebarang kenyataan baru yang dikeluarkan oleh wanita tersebut selepas video yang dimuat naiknya itu menjadi bualan ramai di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Wanita Ugvt Nak Dedah Sisi Gelap, Caprice Tak Gentar Kisah Lama Nak Dibongkar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*