Anggap k0ntr0versi melanda anak bukan masalah besar, Kazar mohon semua pihak berdamai

PELAKON veteran Kazar memohon masyarakat tidak mudah menghukum sehingga mengguris perasaan keluarga berhubung k0ntr0versi melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang did4kwa menjadi perosak rumah tangga orang lain.

Kazar atau Kazaruddin Saisi, 63, berkata, dia berharap masalah melibatkan Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan segera.

“Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita.

ira kazar 1

Ira did4kwa menjadi orang ketiga dalam masalah rumah tangga antara Sarah dan Syamsul.

“Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat,” katanya kepada mStar.

Kazar ditemui ketika majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Kazar enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung kes berkenaan memandangkan ia masih dalam siasatan selain tidak mahu menimbulkan salah faham antara kedua-dua belah pihak.

Pun begitu, sebagai seorang bapa, Kazar sentiasa memberi sokongan penuh terhadap Ira ketika dia berdepan dengan masalah sebegini.

Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat.

KAZAR SAISI

PELAKON

“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah.

“Ira okey sahaja… kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya,” ujarnya.

sarah 1

Sarah dan Syamsul bersama dua orang anak mereka.

Sarah sebelum ini membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas d4kwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas d4kwaan melakukan gangguan.

Untuk rekod Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.

Ira disiasat bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

 

sumber:  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "Anggap k0ntr0versi melanda anak bukan masalah besar, Kazar mohon semua pihak berdamai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*