Di bawah pemantauan ‘high depency unit’, kepala Fad Bocey terhentak akibat kemaIangan

PELAWAK dan penyampai radio, Fad Bocey dikejarkan ke hospital berdekatan selepas terlibat dalam kemaIangan ketika menunggang motosikal pada Isnin.

Menurut isteri Fad iaitu Nur Syahirah A. Rahman, dia terkejut apabila menerima khabar Fad kemaIangan melalui panggilan telefon.

“Berita buruk, baru duduk minum air selesaikan barang-barang rumah… Fad call dia kemaIangan. Dugaan apa ini,” katanya.

75873513875815

Isteri kongsi keadaan Fad Bocey kemaIangan.

Perkara itu dikongsikan Syahirah menerusi hantaran di ruangan IG story miliknya.

Berkongsi lebih lanjut, Syahirah memberitahu bahawa Fad kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Malah, suaminya itu juga perlu pemantauan rapi daripada doktor kerana mengalami hentakan di bahagian kepala ketika kemaIangan.

“Maaf yang mana hubungi tadi bateri tinggal tiga peratus, ini baru phone bernyawa. Keadaan terkini Fad perlu monitor under HDU (High Dependency Unit) sebab ada hentakan dekat kepala untuk pastikan semuanya bagus.

Fad kemaIangan ketika menunggang motosikal.

“Sebab masa dekat tempat kejadian dia muntah. Tapi Alhamdulillah dia kuat. Terima kasih yang mendoakan, semoga kebaikan kalian dibalas Allah SWT,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelawak Achey juga turut menghulurkan bantuan bagi menguruskan urusan kemaIangan selepas menerima berita berkenaan.

22646346

Achey datang hulur bantuan.

Menerusi hantaran Achey di Instagram, dia juga berkongsi keadaan Fad yang sedang terbaring di atas katil semasa menerima rawatan.

Meskipun dalam keadaan saklt Fad dilihat masih mampu memberikan senyuman kepada rakannya itu.

“Semoga cepat sembuh sahabat,” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "Di bawah pemantauan ‘high depency unit’, kepala Fad Bocey terhentak akibat kemaIangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*