“Kita Tak Boleh Hidup Sangat Dengan Pujian” – Hawa Rizwana Ambil Iktibar Dari Komen Negatif

 

Umum mengetahui, pengacara Hawa Rizwana telah diumumkan sebagai hos tetap program terkenal MeleTOP bagi bergandingan bersama Nabil Ahmad ketika bersiaran malam tadi.

Hawa tentunya gembira dengan kembara terbaru dalam kerjayanya itu dan tidak mahu mensia-siakan rezeki yang sudah dikurniakan oleh Allah SWT.

“Neelofa dan Nabil telah jadikan MeleTOP satu jenama yang sangat berprestij dan eksklusif, sebenarnya ia merupakan satu tanggungjawab yang besar. Bagaimanapun, saya anggap ini merupakan satu rezeki daripada Allah SWT, ada rezeki kita terima dan lakukan yang terbaik,” katanya kepada Murai MY.

Ditanya tentang kemungkinan netizen membandingkan dirinya dengan hos MeleTOP terdahulu Neelofa, Hawa berpendapat ia terserah kepada para penonton.

“Untuk elakkan perbandingan itu, terserah kepada semua, saya buat apapun seikhlas hati atas minat diri sendiri,” jelasnya.

Persediaan

Bercakap tentang persediaan untuk mengendalikan rancangan berprofil tinggi itu, Hawa akui banyak belajar daripada rakan-rakan pengacara termasuk Nabil sendiri.

“Bukanlah satu perkara mudah sebab saya sebelum ini daripada genre yang berbeza lebih dari segi berita dan program-program kewanitaan. Ini adalah rancangan hiburan pertama yang saya acarakan, banyak perkara yang saya belajar daripada kawan-kawan pengacara yang sudah berkecimpung dalam industri hiburan.

“Nabil pun banyak berkongsi ilmu dengan saya, saya juga banyak tonton video-video di YouTube. Apa yang penting, kita seronok dan jadi diri sendiri,” katanya lagi.

@cikmoonmurai

Persediaan Hawa Untuk Jadi Hos #meletop #fyppppppppppppppppppppppp #artismalaysia @hawarizwanaredz #malaysiatiktok

♬ original sound – Cik Moon – Cik Moon

 

Reaksi Orang Ramai

Menjawab pertanyaan tentang pelbagai reaksi orang ramai, Hawa kekal tenang dan menghargai setiap komen positif, mahupun negatif yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih kepada semua yang komen sama ada positif mahupun negatif. Tipulah kalau cakap kita tak sedih atau tak rasa ‘down’ dengan komen yang tak memuji kita. Tapi kita tak boleh hidup sangat dengan pujian, kena ada juga kritikan. Kritikan membuatkan kita rasa tak selesa dan mahu jadi lebih baik lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyokong, doakan yang terbaik, semoga kita sama-sama rancakkan lagi program MeleTOP,” katanya menutup bicara.

@cikmoonmurai

Bagaimana Hawa Berdepan Dengan Kritikan Netizen? @hawarizwanaredz #meletop #fypdongggggggg #artismalaysia

♬ original sound – Cik Moon – Cik Moon

 

Sebelum ini, Neelofa mengacarakan MeleTOP bersama Nabil sejak tahun 2012 namun membuat keputusan untuk mengundur diri pada Disember 2019.

Sejak itu, tiada pengacara tetap digandingkan bersama Nabil hinggalah Hawa diumum secara rasmi.

MeleTOP bersiaran pada setiap Selasa, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber:  https://murai.my/

Be the first to comment on "“Kita Tak Boleh Hidup Sangat Dengan Pujian” – Hawa Rizwana Ambil Iktibar Dari Komen Negatif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*