Gaya Cik B Buat Pak Guard Pun Pening Dengan Jantinanya!

Sejak akhir-akhir ini nama anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B sering menjadi perhatian ramai. Tampil berambut dengan potongan pendek seakan lelaki, Cik B terus menjadi buah mulut ramai.

Apatah lagi sebelum ini gaya pakaiannya pun yang terlalu sempoi dan tidak seperti anak gadis lain. Ditambah dengan gaya potongan rambut tersebut membuatkan ramai dakwa semakin tidak cam anak Dato Seri vida (DSV) yang seorang ini.

Bagaimanapun terbaharu Cik B tampil dengan memakai rambut palsu panjang lengkap bersolek dan mengenakan dress membuatkan ramai terkejut. Bukan hanya terkejut malah ramai juga yang teruja menyaksikannya.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik Cik B sendiri:

@cikb_havoc Aku ada type #fyp #fypシ ♬ SWIPE – ALYPH

Di ruangan komen perkongsian ini rata-rata warganet memuji penampilannya itu. Ada juga yang akui terngiang-ngiang suara DSV seronok melihat anak gadisnya itu.

Biarpun begitu, dalam satu perkongsian berbeza lain pula ceritanya. Dalam muat naik video yang dikongsikan menerusi akaun sosial media DSV itu dipaparkan gaya Cik B buat Guard pun pening dengan anak gadis ini.

Dalam video itu kelihatan DSV bersama Cik B mahu masuk ke tandas awam, namun guard yang berada di dalam bangunan itu menegur mengapa Cik B masuk ke tandas wanita.

@dsv_officialmall Pening kepala jaga nak bg masuk ke tidak 😂#fypシ #fyp #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #cikb #datoserivida #tandas #fypage ♬ original sound – DSV Official Mall

Memang betul buat hal lah gaya Cik B ini sampai pak guard pun pening!

SumberCik BDSV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Gaya Cik B Buat Pak Guard Pun Pening Dengan Jantinanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*