“Perut saklt, badan lemah sampai gelap mata” – DJ Lin dimasukkan ke hospital, menunggu keputusan ujian doktor

PENYAMPAI radio Suria FM DJ Lin terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor selepas mengalami saklt pada bahagian perut.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia terpaksa dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan dan pemantauan doktor sejak Khamis lalu.

“Saya rasa saklt sebelah kiri perut. Badan juga terasa lemah sampai beberapa kali nak gelap mata.

DJ Lin dikejarkan ke hospital.

“Selepas selesai acara di Suria FM semalam, saya terus pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi perkembangan terkini kesihatannya itu, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM memaklumkan dia perlu melalui beberapa ujian sebelum dapat mengenal pasti punca saklt tersebut.

Penyampai segmen Suria Cinta ini juga berkata dia perlu berada di hospital sehingga Ahad ini menunggu keputusan ujian doktor.

“Masih ada beberapa ujian yang perlu dibuat… mungkin saya akan berada di wad sehingga Ahad nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, DJ Lin turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat mengenai kesihatannya.

Malah, dia bersyukur apabila menerima layanan baik ketika berada di hospital.

DJ Lin terharu ramai yang ambil berat.

“Saya bersyukur dan terharu kerana ramai yang mengambil berat tentang keadaan saya.

“Begitu juga dengan jururawat di hospital ini yang mengaku peminat saya turut memberi jagaan yang rapi,” ujarnya.

Sebelum itu, menerusi Instagram DJ Lin memuat naik video memaparkan keadaan dirinya sedang terbaring di atas katil hospital.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "“Perut saklt, badan lemah sampai gelap mata” – DJ Lin dimasukkan ke hospital, menunggu keputusan ujian doktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*