Cleopatra, Lando, Ini Senarai Selebriti, ‘Influencer’ Yang Menjadi Calon PRU15! Bukan Biasa2 Calon Kali Ni

Selebriti, pempengaruh media sosial dan aktivis merupakan antara calon yang mewarnai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan penamaan calon yang berlangsung hari ini.

Mereka antara 945 individu yang bakal merebut 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya kali ini di samping calon-calon yang sudah biasa dalam arena pertandingan politik.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pengarah filem Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang akan bertanding di Parlimen Port Dickson mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) menentang aktivis sosial Abdul Rani Kulup Abdullah yang sinonim dengan panggilan “Ayahanda” yang bertanding atas tiket Bebas.

Turut menarik perhatian pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yang pertama kali bertanding atas tiket GTA di Parlimen Sabak Bernam yang berdepan persaingan empat penjuru melibatkan pencabar dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Selain Ahmad Idham dan Eizlan, pelakon dan aktivis Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai “Lando” turut bertanding mewakili GTA di Parlimen Tanjong Karang yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Selain itu, kerusi Parlimen Batu yang mempunyai calon Bebas paling ramai bertanding daripada keseluruhan 10 calon turut dibarisi pempengaruh media sosial Nur Fathiah Syazwan Shaharudin atau lebih dikenali dengan gelaran “Cleopatra” serta peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim yang lebih dikenali sebagai “Siti Kasim”.

Sementara itu, penerbit dan pengarah Datuk Jurey Latiff Mohd Rosli turut bertanding di Parlimen Lenggong mewakili PH pada pilihan raya umum ini.

Turut bertanding adalah bekas Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) Mohamad Khair Mohd Noor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di Perlis mewakili Parti Warisan.

Kehadiran selebriti dalam politik bukanlah sesuatu yang asing malah di luar negara golongan itu mampu menjadi tonggak negara seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-40 Ronald Reagan, yang bermula sebagai pelakon Hollywood, berkhidmat dari tahun 1981 hingga 1989.

Beliau yang meningg4l dunia pada 2004 berjaya mengemudi AS selama dua penggal setelah memenangi pilihan raya pada 1980 menewaskan bekas Presiden ke-39 Jimmy Carter yang hanya menjadi presiden untuk sepenggal.

PRU15: 187 calon wanita bertanding

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.

Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan UPKO meletakkan 39 calon wanita daripada 205 calon yang bertanding, dengan satu kerusi atas tiket pakatan politiknya MUDA, di Parlimen Tanjong Karang dan satu menggunakan logo DAP iaitu di Parlimen Lanang, Sarawak.

Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mempertaruhkan 22 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 178 calon.

Perikatan Nasional (PN) gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan mempertaruhkan 16 calon wanita daripada 149 calon bertanding dengan dua daripada calonnya di Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang menggunakan logo PAS.

Gerakan Tanah Air (GTA) terdiri daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) turut meletakkan 16 calon wanita daripada 116 calon yang bertanding dengan kesemuanya menggunakan logo Pejuang.

Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin bertanding di Batu, Young Syefura Othman (Bentong), Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh) dan Datuk Seri Rina Harun (Sepang).

Sepuluh wanita akan bertanding atas tiket Bebas, enam bagi Parti Warisan dan selebihnya adalah calon dari parti lain-lain.

Peggy Chaw Zhi Ting, 23, adalah calon Bebas wanita paling muda bagi Parlimen Tenom manakala Datuk Liew Chin Jin, 70 atau lebih dikenali sebagai Datuk Christina Liew (PH-PKR) pula calon wanita paling veteran bagi kerusi Parlimen Tawau.

Calon wanita terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelayakan akademik dengan ada antara mereka bekerjaya sebagai peguam, doktor dan memegang jawatan utama dalam parti yang diwakili.

Antaranya termasuklah kemunculan Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, tokoh profesional Orang Kurang Upaya (OKU) yang mewarnai pentas PRU15, sekali gus membuktikan politik Malaysia semakin matang dan terbuka.

Beliau yang menghidap penyakit spina bifida sejak lahir akan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya di bawah tiket PH-PKR menentang lima lagi calon termasuk penyandangnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada BN.

Selain itu, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak dan akan berdepan dua pencabar dari BN dan PN.

Penyandang kerusi Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dan penyandang Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamarudin, kedua-duanya bertanding atas tiket BN dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi mempertahankan kawasan masing-masing.

Bagi pertandingan kerusi DUN, calon wanita paling muda ialah Hooi Mi Suet, 29, dari Warisan yang bertanding di kerusi Simpang Pulai manakala calon paling tua berusia 66 tahun iaitu Ng Wah Leng daripada BN-MCA bagi kerusi Keranji, kedua-duanya di Perak.

DUN Bugaya menyaksikan penyertaan calon wanita tunggal iaitu Nazmahwati Walli, 43, daripada PBM.

Sumber/ Kredit :BERNAMA

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber:  https://bartasangbad.site/

Be the first to comment on "Cleopatra, Lando, Ini Senarai Selebriti, ‘Influencer’ Yang Menjadi Calon PRU15! Bukan Biasa2 Calon Kali Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*