Izzue Islam Tidur Di Parkir Dan Mandi Di Stesen Minyak Kerana Tak Sempat Nak Balik Rumah! Rumah!

Diberi peluang menjadi tetamu penyampai di stesen radio Suria FM memberi satu pengalaman baharu dan sungguh bermakna buat Izzue Islam.

“Bukan mudah sebenarnya bergelar penyampai radio, tidak sama seperti kita berlakon dan menyanyi.

“Saya perlu membuatkan pendengar dapat apa yang ingin disampaikan. Mereka tidak nampak ekspresi muka, jadi dengan hanya suara sahaja saya harus buat mereka faham.

“Selain itu saya perlu memberi tenaga lebih di awal pagi supaya pendengar jadi ceria tidak kiralah apa mode saya sebelum ke konti,” cerita Izzue.

Berkongsi pengalaman dengan waktu kerja yang telah ditetapkan, kata Izzue dia perlu banyak berkorban demi menimba satu ilmu baharu.

“Ada satu ketika saya terpaksa tidur dalam kereta di tempat parkir kerana penggambaran di lokasi lewat habis pada malam sebelumnya.

“Bangun pagi, saya mandi di stesen minyak dan kemudian terus masuk konti.

“Bukan senang dapat peluang begini. Mungkin selepas ini tiada lagi. Jadi apa salahnya saya berkorban sedikit.

“Isteri juga sering ingatkan saya, kalau hendal seribu daya,” ujar suami kepada Awin Nurin ini.

Izzue akan bertugas di konti untuk segmen pagi sehingga 28 Jun ini bersama Issey dan Fizi Ali.

Dalam perkembangan lain, dia juga bakal tampil dalam telefilem berjudul Kau Langit Aku Laut dan sitkom Kafe Pop Yeah Yeah di saluran TV3.

Selain itu, Izzue baru sahaja melancarkan lagu raya berjudul Pulangku Tak Sama Tanpamu yang kini boleh didapati di semua platform digital.

Sumber: mhetv

Be the first to comment on "Izzue Islam Tidur Di Parkir Dan Mandi Di Stesen Minyak Kerana Tak Sempat Nak Balik Rumah! Rumah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*