‘Nak Naik Kereta Mana’ ?– Cikgu Ini Sembunyi Perasaan Terkejut Bila Tengok Kereta Bekas Pelajar

Semua beranggapan, jika kita cemerlang dalam akademik, masa depan akan terjamin.

Kerjaya bagus, dapat beli rumah dan kereta besar serta mampu memiliki pelbagai aset yang lain.

Bagaimana dengan mereka yang tidak cemerlang akademik sebaliknya hanya cemerlang dalam bidang kemahiran?

Adakah anak-anak ini tidak layak untuk hidup sempurna dan berkerjaya hebat seperti orang lain?

Perkongsian saudara Jumat Mat Salleh mengenai kejayaan luar biasa bekas pelajar yang kurang cemerlang akademik, memang terbaik.

Walau akademik ada kekurangan, tetapi dia mampu pakai kereta mewah. Yang penting usaha, komitmen, dedikasi, perancangan dan bijak dalam mengatur kehidupan.

Jom kita baca perkongsian ini. 

“JANGAN H1NA PELAJAR KELAS BELAKANG”.

Semalam, sebelum saya menyampaikan ceramah di salah sebuah sekolah di KB, ada majlis perasmian program yang dirasmikan oleh Ketua Sektor JPN Kelantan.

Justeru itu, dalam ucaptama perasmian tersebut beliau sempat menyampaikan kisah pengalaman beliau yang juga seorang guru.

Beliau menyatakan bahawa beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 40 tahun.

Beliau menyampaikan ucapan itu di hadapan para guru-guru & pelajar sekolah berkenaan.

Antara yang menarik minat saya apabila beliau menceritakan kisah salah seorang pelajar beliau yang merupakan pelajar sekolah vokasional dan hanya mengambil sijil kemahiran sahaja kerana pelajar tersebut memang tidak cemerlang dalam akademik.

Apa yang berlaku setelah 20 tahun berlalu dan pada detik itulah mereka dipertemukan semula.

Kisah pertemuan mereka bermula melalui facebook apabila suatu hari cikgu ini hendak pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu kursus dan beliau menyatakan dalam facebook sekiranya ada bekas pelajar yang berkelapangan untuk bertemu dengan beliau.

Cikgu tersebut memaklumkan ramai yang respons dan termasuklah pelajar yang beliau ceritakan.

Pelajar tersebut begitu bersungguh-sungguh hendak menjemput sendiri cikgu tersebut di Airport.

Setibanya cikgu tersebut di Airport Subang, beliau terus tunggu di pintu balai ketibaan. Tidak berapa lama datang seorang lelaki dari kejauhan melambai tangan pada beliau.

Namun, dek kerana terlalu lama tidak bersua beliau tidak cam pelajar tersebut sehinggalah pelajar tersebut menyapanya dan perkenalkan diri.

Ketika itu cikgu tersebut bertanya mana kereta yang hendak dinaiki?

Lantas pelajar itu tadi menunjukkan sebuah kereta Ferrari yang diparking tidak berapa jauh di situ.

Ketika itu, cikgu berkenaan agak terkejut namun beliau buat selamba sahaja.

Beliau menceritakan bahawa ketika sedang menaiki kereta tersebut beliau terpaksa meriba beg pakaian kerana kereta tersebut hanya ada 2 seat dan bahagian belakang agak sempit.

Pelajar tersebut bertanya adakah cikgu tersebut dah makan atau belum. Cikgu tersebut menjawab belum lantas pelajar tersebut membawanya makan di salah sebuah restoran terkemuka di KL.

Setibanya mereka di sana rupanya pelajar tersebut telah tempah makanan untuk mereka.

Ketika duduk di meja makan cikgu berkenaan melihat banyak makanan pelbagai jenis telah dihidangkan untuk mereka.

Dek kerana makanan yang terlalu banyak cikgu bertanya ada lagi ke orang lain yang akan makan bersama mereka? Namun pelajar tersebut memberitahu hanya mereka berdua dan cikgu tersebut hanya mampu tersenyum.

Ketika sedang makan pelajar tersebut bertanya pula perihal penginapan cikgu di KL. Namun cikgu berkenaan belum booking mana-mana penginapan lagi.

Usai mereka makan bersama, pelajar tersebut membawanya ke salah sebuah hotel bertaraf 5 Bintang di KL.

Pelajar tersebut membayar semua kos penginapan cikgu tersebut.

Pelajar berkenaan memberitahu cikgu tersebut beliau merupakan seorang usahawan. Pelajar tersebut sangat berterima kasih kepada cikgu tersebut kerana sentiasa memberinya dorongan dan ia menjadikan beliau seorang yang berjaya.

Demikian beliau menceritakan kepada kami betapa sebenarnya pencapaian akademik itu bukanlah semata-mata penentu kejayaan.

Beliau juga berpesan kepada guru-guru agar jangan memandang h1na pelajar yang duduk di kelas belakang.

Kerana bagi beliau mungkin ada pelajar cerdik yang berjaya sehingga bergelar Dr, Lawyer & sebagainya namun telah lupa tunduk kembali ke bumi.

Namun, ada juga pelajar yang biasa-biasa yang berjaya namun sangat menghargai guru.

Beliau juga berpesan bahawa seandainya guru ikhlas berbakti kepada anak-anak didik maka suatu saat di hujung hidup kita akan sejahtera.

Memang benar kata-kata cikgu berkenaan bahawa kejayaan itu adalah hak semua orang yang mahu berusaha.

Terima kasih saya ucapkan juga kepada guru-guru saya yang juga banyak menabur bakti kepada saya sehinggalah saya bergelar seorang motivator.

“TERIMA KASIH CIKGU, JASAMU DIKENANG JUA.”

Sumber: Facebook Jumat Mat Salleh

Be the first to comment on "‘Nak Naik Kereta Mana’ ?– Cikgu Ini Sembunyi Perasaan Terkejut Bila Tengok Kereta Bekas Pelajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*