Saya Izinkan Suami Jadi Mekanik – Azza Elite

Selepas enam tahun mengusahakan perniagaan bersama-sama, pelakon dan penyanyi, Azza Zawari, memaklumkan suaminya, Azlan Zulaily, kini bekerja sendiri sebagai mekanik.

Mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkenaan sejak 2012, anggota kumpulan Elite itu berkata, dia bersikap terbuka dengan keputusan dibuat pasangannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ semoga khusnul khotimah .. Allah kurniakan jannatul firdaus ya abg bard untuk mu.. berbahagialah bertemu pencipta mu . salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham abg bard yg budiman. aku juga menjadi saksi kebaikan mu di dunia. maafkan azza sb x dpt tgk abg bard sb azza ada baby bang skrg. pastu suami azza kerja 😢susah dah nk kluar😟dgn kak long pun azza blm jumpa .. hurmm tq segala kata kata yg baik yg kau tinggal kan waktu kita pg tmerluh ari tu azza akan ingat.. sampai bila bila. tolong sahabat sedekah kan alfatihah buat insan yg baik budi ini. . . dari fb dato tengku khalidah Assalamualaikum. Sahabat yang kami sayangi, Bard Riz’ain sudah meninggal dunia sekitar pukul 8 tadi. Sesiapa yang ingin menziarah boleh datang ke rumah beliau di Taman Permata, KL Lumpur. Sebarang perkembangan saya akan maklumkan semula. Terima kasih untuk al Fatihah. Didoakan sahabat kami mendapat keberkatan Allah SWT jua hendaknya. ***Jenazah Akan dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Taman Permata selepas Zohor esok. (Isnin) Pkl 9 pagi jenazah akan dibawa ke masjid As Sobirin, AU5C/2, Lembah Keramat. tq dato @tengkukhalidah_tengkubidin atas perkhabaran ini.

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzazawari) on

“Saya pula masih meneruskan kerja sebagai hos sambilan untuk program jualan atas talian, selain menjayakan segmen parodi bagi sebuah rancangan hiburan. Di samping itu, saya berniaga sendiri dengan menjual bedak sejuk, pakaian dan produk kecantikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Walaupun tanpa sentiasa tegur dalam ig mahupun fb , doaku tetap selalu ada untuk kamu, sahabat. InsyaAllah. Moga perkara yang baik baik sentiasa bersamamu. Buatlah apa saja, asalkan Allah redha. 🌸. . . #cukuplahAllahmenjadipelindungku

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzazawari) on

“Selepas bersama-sama membangunkan perniagaan yang kami usahakan sendiri, saya memberikan keizinan untuk suami bekerja mengikut minatnya pula. Selama ini, dia banyak berkorban untuk kepentingan bersama. Apabila masing-masing bekerja, bolehlah kami menambah pendapatan sekeluarga.

“Pada masa sama, saya juga suri rumah yang menguruskan sendiri segala kerja di rumah, termasuk menjaga anak angkat kami, Muhammad Adam. Jadi, ketika awal-awal suami bekerja dahulu, situasi memang kelam kabut. Namun, ia menjadi proses pembelajaran terbaik untuk saya,” kata Azza.

Kata Azza lagi, melakukan kerja rumah juga adalah ibadat.

“Mudahnya untuk kita memungut pahala di rumah. Dengan niat yang betul, membuat kerja rumah itu menjadi amalan mulia yang tidak berbanding nilainya.

“Masa adalah emas, justeru saya perlu memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Saya memang perlu melipatgandakan usaha untuk masa depan lebih baik,” katanya yang tidak ketinggalan membuat ulasan perniagaan di Instagram.

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment on "Saya Izinkan Suami Jadi Mekanik – Azza Elite"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*