Akhirnya Pali Dedah Wajah Kekasih Hati, Rupanya Bukan Calang-calang

PELAKON Syazwan Zulkifli mengakui wanita yang gambarnya dimuat naik di Instagram hari ini adalah kekasihnya.

Menerusi gambar itu, Syazwan yang popular dengan watak Pali dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda menulis ‘selamat pagi’ berserta lambang hati.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Pagi ❤️❤️❤️

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Walaupun dia tidak menyatakan siapa wanita terbabit, tetapi pengikutnya seakan tahu bahawa itulah kekasih Syazwan.

Tidak kurang ada yang berasa gembira dengan menulis ‘Yeah! Pali sudah ada kekasih’ dan memberikan ucapan tahniah.

Ada juga yang pelik apabila Syazwan memuat naik gambar kekasihnya kerana pelakon itu jarang sekali berkongsi cerita peribadi apatah lagi membabitkan hubungan cinta dan teman wanita.

Ada yang membuat andaian Syazwan bakal mengakhiri zaman solo dalam waktu terdekat.

Syazwan yang mula dikenali menerusi drama dan filem Juvana itu ketika dihubungi berkata, dia memang ada perancangan untuk melangsungkan pernikahan tetapi tarikhnya belum ditentukan.

“Yang pasti bukan dalam waktu terdekat. Sekarang ini saya terikat dengan komitmen kerja,” katanya.

Bercerita mengenai kekasihnya yang dikenali sebagai Sya itu, Syazwan berkata, gadis itu bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan tempatan.

“Kami sudah lama kenal dan sudah cukup tahu akan hati budi masing-masing. Soal jodoh biar Allah tentukan. Saya harap peminat mendoakan yang baik-baik buat kami,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#pali kini bahagia bersama ketiga2 isteri beliau. Begitulah penghujungnya drama #pujaanhatikanda semalam. Terima kasih @dramasangat @tv3malaysia , @macheallstarunitedsdnbhd dan tuan pengarah @eoonshuhaini kerana sudi beri ruang dan peluang kepada saya untuk berada dalam naskah ini.Terima kasih juga kepada semua rakan lakon yang terlibat kerana banyak membantu dan memudahkan saya untuk merialisasikan watak #pali ini. Kepada team belakang tabir yang awesome terutama teknikal team @amirpoh_cameraman and the team dan Asst Director @queariazhari .Wardrobe dan make up @ayujentayu dan @azri_1976 korang memang best la sebab faham cara saya bekerja. Kepada art team,and my fav runner @mohdfazzen korang kene tahu yang korang memang awesome.Saya looking foward nak kerja lagi dengan korang in the future.Terakhir sekali kepada semua yg menonton #pujaanhatikanda dari episode 1 samapai 28 and tak jemu2 buat drama ini trending di social media setiap episod,saya ada satu hadiah untuk korag,.. 💋💋💋💋💋 thank youuu guys😁😁😁😁 #iloveyouguys #kpenq #drama #dramasangat #actor 📸 @meloditv3

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Sumber : Metro

Be the first to comment on "Akhirnya Pali Dedah Wajah Kekasih Hati, Rupanya Bukan Calang-calang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*