“Sampai dalam mahk4mah mak pegang” – Lega dengar keputusan, anak dedah satu-satunya barang Zulfarhan setia bersama ibu, ada bau arw4h

LEGA dan syukur kepada Allah. Itulah perasaan ahli keluarga Allahy4rham Zulfarhan Osman Zulkarnain selepas mahk4mah memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membel4 diri dalam kes kem4tiian melibatkan anak sulung daripada empat beradik itu dua tahun lalu.

Zulhelmie Idros, adik kepada Allahy4rham Zulfarhan mengakui mereka sekeluarga berdebar-debar sebelum perbicaraan bermula pada Rabu, tetapi sememangnya mengharapkan keputusan sebegitu.

“Sebelum perbicaraan kami berdebar-debar juga takut keputusan perubahan tapi Alhamdulillah memang lega betul sebab kami memang berharap keputusan macam tu.

“Bila mereka berani buat begitu dekat arw4h abang jadi mereka kena berani tanggung akibatnya. Kami berpuas hati dengan keputusan itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Jelas anak kedua daripada empat beradik itu, keputusan tersebut dianggap sebagai keadilan buat mereka sekeluarga.

Ibu bapa Zulfarhan tidak dapat menahan sebak mereka. – fotoBERNAMA

“Rasa geram sebab ibu bapa mereka yang bersalah masih dapat jumpa anak mereka. Tapi kami kalau rindu Along pun tak boleh buat apa. Arw4h pun dah tak ada.

“Tipu kalau tak mar4h tapi negara kita ada und4ng-und4ng. Rasa dend4m… mar4h tu kita simpan jelah. Biarlah mahk4mah yang tentukan dan ternyata keputusan berpihak kepada kami sekeluarga,” katanya.

Walaupun sudah dua tahun berlalu, Zulhelmie berkongsi cerita mengenai sapu tangan yang menjadi pengubat rindu ibunya, Hawa Osman, 56, yang masih lagi bersedih dengan pemergian abangnya itu.

Sapu tangan milik Farhan.

“Apa yang ada kat mak sekarang sapu tangan Along je lah. Kalau rindu-rindu mak pegang… mak bau. Macam dalam mahk4mah tadi pun (Rabu) mak pegang je sapu tangan tu.

“Mak tak pernah basuh sebab bau arw4h ada lagi. Sapu tangan tu mak jumpa dalam poket seluar Along masa tengah kemas barang peribadi dia. Itulah pengubat rindu dia kat arw4h,” katanya.

Malah Zulhelmie berkata ibunya juga akan mendengar pesanan suara yang pernah ditinggalkan arw4ah abangnya itu berulang kali di telefon bimbit sebelum tidur.

Gambar percutian terakhir Zulfarhan bersama keluarganya semasa berkunjung ke A Famosa, Melaka.

“Dekat Telegram ada voicenote masa arw4h masih hidup jadi mak dengar balik je lah. Saya sebagai adik bila mak dengar malam-malam pun sedih juga.

“Saya pun ada cakap kat mak untuk perlahan-lahan terima Along dah tak ada, Alhamdulillah mak dah ok sikit tapi kadang-kadang kalau dia rindu sangat tu dia akan dengar juga suara abang. Yalah rindu seorang ibu dekat anak dia,” katanya.

Mengimbau kisah pemergian Zulfarhan, pemuda berusia 21 tahun itu berkata mereka pada awalnya tidak percaya m4ngs4 yang m4uut adalah abang sulungnya.

“Ayah dapat panggilan pegawai pukul 11 malam beritahu abang dah tak ada. Kebetulan waktu tu saya cuti ada dekat rumah. Ayah tanya nombor IC dan nombor badan sebab ingatkan salah orang. Kami pun tak tahu sebab tak tengok lagi jen4-zah waktu tu.

“Dalam pukul 12.30 malam satu family terus pergi ke H0spital Serdang. Mak ayah buat penge4man dan saya tengok jen4-z4h masa p0st m0r-tem. Masa tengok badan dia rasa takut dan terkejut sebab kec3eder4an memang teruk cuma muka, tangan dan kaki dia je ok.

“Bagi saya cara mereka tu memang ke-j4m. Kalau ikutkan pemikiran waras pun takkan buat macam tu. Sampai hati mereka gunakan keker4san walaupun abang dah mengaku dia tak buat apa yang mereka d4kwa. Saya kagum sebab abang tetap pertahankan maruah dia sehingga akhir hayatnya,” kata Zulhelmie.

Hawa menunjukkan baju berwarna kelabu yang sepatutnya digunakan Zulfarhan untuk Aidilfitri dua tahun lalu.

Akui Zulhelmie dia juga masih merindui gelagat abang sulungnya itu yang disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berdisiplin.

“Kami rapat cuma lepas dia masuk kem sambung belajar kami jarang jumpa. Dulu saya belajar dekat Shah Alam, arw4h di Sungai Besi… kadang kalau saya outing hari Ahad dia ajak jumpa.

“Sekarang pun kalau tidur dalam bilik tu rindulah juga dekat dia. Dulu satu katil ada juga orang sebelah nak berg4duh tapi sekarang bila tidur je terbayang dia ada lagi.

“Arw4h Along ni dia penyayang tapi tegas. Kalau kita lambat solat masa tu tengah main game memang dia akan mar4h. Terasa rindu juga nak kena mar4h dengan dia tapi semua tu hanya tinggal kenangan,” katanya.

 

Mak tak pernah basuh sebab bau arw4h ada lagi. Sapu tangan tu mak jumpa dalam poket seluar Along masa tengah kemas barang peribadi dia. Itulah pengubat rindu dia kat arw4h.

ZULHELMIE IDROS ZULKARNAIN

Sementara itu, adik ketiga Zulfarhan, Faiqah Lyana turut berterima kasih di atas keprihatinan orang ramai yang sentiasa mendoakan agar keadilan berpihak kepada arw4h abangnya.

“Saya tak minta banyak cuma nak keadilan untuk arw4h abang. An eye for an eye, a tooth for a tooth. Insya-Allah berkat doa semua orang kami boleh menang. Akhirnya kita akan tahu siapa yang salah di sini,” katanya dalam nada sebak.

Dalam postingnya di Twitter, Faiqah berkata sekiranya abangnya ditakdirkan hidup sekali pun dia mungkin lvmpuh seluruh badan akibat insiiden itu.

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Sampai dalam mahk4mah mak pegang” – Lega dengar keputusan, anak dedah satu-satunya barang Zulfarhan setia bersama ibu, ada bau arw4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*