“Hargai Diri Sendiri” – Bella Astillah Kongsi Tips Move On, Katanya Kena Reda!

Bekas isteri kepada penyanyi kontroversi Aliff Aziz, Bella Astillah berkongsi beberapa cara untuk melupakan pasangan yang sudah berpisah.

Kata pelakon itu, menghargai diri dan terima ketentuan ilahi dengan hati terbuka adalah kunci untuk ‘move on’ dengan cara yang tenang.

“Tips move on? Hargai diri sendiri!

“Allah punyai perancangan yang lebih baik untuk anda. Reda dan terima ketentuan-Nya dengan hati yang terbuka.

“Banyak lagi perkara lebih baik menanti anda di hadapan. Percaya pada Allah,” kongsi Bella menerusi akaun Twitternya.

Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.

Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.

sumber:astrogempak

Be the first to comment on "“Hargai Diri Sendiri” – Bella Astillah Kongsi Tips Move On, Katanya Kena Reda!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*