[VIDEO] Dah Pandai Baca Iqra’, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Yusuf Iskandar

 

Tidak dinafikan, cara didikan Hanis Zalikha terhadap dua anaknya sentiasa menjadi perhatian ramai. Ramai memuji cara beliau yang bijak mengawal serta mengajar anaknya dengan cara berhemah.

Terbaru, satu video pendek dimuat naik di laman Instagram theyusufiskandar telah mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dan gembira melihat Yusuf sudah mula pandai membaca Iqra’.

Mula-mula tak tunjuk minat

Menurut Hanis, pada awalnya Yusuf tidak menunjukkan sebarang minat untuk membaca Iqra’ atau abjad jawi sebelum ini.

Namun katanya, Yusuf mula memberi perhatian kepada abjad jawi apabila sering menemani bapanya mengaji al-Quran.

View this post on Instagram

For the longest time Yusuf tak interested langsung bila kita nyanyi alif ba ta untuk dia. Dia nak juga abcdefg dia tuuu complete sampai now-I-know-my-abc-next-time-wont-you-sing-with-me. Jadi kita tak paksa. Kita biar je dia tengah minat satu2 benda. Tapi bila dia start teman Daddy dia mengaji, baru dia nak pick up alif ba ta masuk umur 3 tahun ni. Barulah Mommy dapat mengorak langkah dari situ 😂

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut setia Yusuf di mana kebanyakannya memuji cara didikan pasangan itu.

Malah, telatah Yusuf mengaji dengan nada suara yang tinggi juga menghiburkan hati netizen yang menonton video itu.

Sumber: Instagram theyusufiskandar

Be the first to comment on "[VIDEO] Dah Pandai Baca Iqra’, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Yusuf Iskandar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*