“Anak Yang Baik, Semoga Bertambah Rezeki,” – Hadiah Rumah Buat Ibu, Sifat Terpuji Mark Adam Dipuji!

 

Besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Menerusi entri terkini pelakon Mark Adam, dia ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya di Instagram.

Menariknya, rakaman video tersebut kelihatan Mark telah menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya.

Difahamkan, pelakon yang berusia 39 tahun itu menghadiahkan rumah tersebut di negara kelahirannya, Filipina.

Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi mendapat pujian daripada rakan selebriti dan juga peminat.

Malah, peminat memuji sikap taat dan penyayang Mark terhadap ibunya.

Untuk rekod, Mark telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, pada tahun 2003.

Video : Instagram Mark Adam

 

Be the first to comment on "“Anak Yang Baik, Semoga Bertambah Rezeki,” – Hadiah Rumah Buat Ibu, Sifat Terpuji Mark Adam Dipuji!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*