Penyanyi Masya Masyitah tampil memberikan penjelasan selepas ditertawakan peminat dan warganet gara-gara menyunting foto peribadinya untuk dimuat naik di Instagram baru-baru ini.
Masya akui terkejut apabila fotonya yang mengenakan sepersalinan blaus dan seluar putih itu menjadi tular secara tiba-tiba.
“Hai semua.. Okay semalam tetiba ada orang viralkan gambar yang agak lama dah Masya post dan masa tu tak ada sorang pon comment pasal edit pungkoq (punggvng) ka apa semua ni..
“Bila semalam tiba-tiba viral.. Masya pon terkejut.. Then Masya tengok balik.. Haah la.. Memang edit,”tulisnya.
Masya tampil memberi respon mengenai isu tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menurut Masya, dia akui menyunting foto tersebut namun bukan berniat untuk menonjolkan punggvngnya supaya kelihatan lebih besar, sebaliknya suntingan itu untuk mengemaskan lagi bajunya yang berkedut.
View this post on InstagramThink about the dreams you had last night to make your lazy morning a beautiful one ❤️
“Okay.. Masya mengaku memang masya edit… Tapi bukan untuk nak tayang I ada pungkoq besaq (punggvng besar) ka apa sebab masya jenis tak suka pungkoq besaq…
“Tengok gambar first ni.. Ini yang original.. Why Masya edit? Masya edit sebab tu tengok kat bahagian peha tu jadi bukit-bukit tu.. Tak tau pasaipa.. Mungkin Masya tak betulkan seluar sebelum pose tu.. Jadi dia jadi berketak-ketak kat situ sikit..
“Jadi saya mengakulah salah saya sebab saya edit.. Tapi saya edit bukan sebab nak besaqkan pungkoq or bagi nampak lebih se3xy.. Tapi hanya untuk menstraightkan balik bahagian ketak tu.. Tak sangka la sampai wall tu pon tertarik sekali,”jelasnya.
Menerusi entri tersebut, Masya turut memuat naik foto asal sebelum ia disunting bagi menunjukkan perbezaan yang dijelaskannya.
View this post on InstagramAnything is possible when you have the right people there to support you.. ❤️😘
Masya dalam masa yang sama menyebut nama akaun orang yang menjadi punca fotonya tular serta menjadi bahan jenaka.
“And.. @yuraarose terima kasih viralkan saya kat twitter dan jadikan gambar saya sebagai bahan lawak untuk korang… Tak sangkalah awak ni memang stalk habis-habis pasal saya.. Minat bebenor ek? Hahaha.. @yuraarose kalau tak puas hati DM…
“Yang mem4ki saya macam-macam tu.. M4ki je la.. Kalau itu yg buat korang happy I okay.. Itu saja penerangan saya pada hari ni. Terima kasih,” tambahnya.
Masya, 19, merupakan juara Ceria Popstar 2014 dan popular dengan lagu Halimunan.
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Bukan Nak Tayang Ada Punggvng Besar Sebab…”- Edit Gambar Sampai Bengkok Dinding, Ini Penjelasan Masya Masyitah"