Muat Naik Foto Di Mahk4mah Lagi, Rupanya Kali Ini Fasal Anak Datuk Red Pula

Ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red akui dugaan yang diterima bertimpa-timpa apabila anak perempuannya, Aziera, 20, juga kini dalam proses percer4ian.

Menurut Datuk Red, perkahwinan anaknya itu dilanda badai selepas baharu sahaja setahun mendirikan rumah tangga.

“Mereka (anak dan menantu) pun nak bercer4i, Allah duga saya sangat kuat.

“Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun.

“Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia… Inilah balasannya,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Pagi tadi, Datuk Red yang juga suami kepada penyanyi Adira Suhaimi memuat naik fotonya bersama anaknya yang berada di M4hkamah Syariah Rendah Kuala Selangor.

Anak perempuan itu merupakan hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri ketika berusia 20 tahun dan hanya bertahan selama lima tahun.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua orang cahaya mata berusia 20 tahun dan 15 tahun.

Mengulas lanjut mengenai anaknya itu, Datuk Red akui simpati dengan nasib anak Aziera, lebih-lebih lagi anaknya seorang yang suka berahsia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah kau lindungi la mereka sebagaimana mereka melindungi aku ya Allah.jaga la mereka semoga mereka terus istiqomah terhadap mu ya Allah.jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu.pelihara la mereka supaya kami bertemu di syurga Mu ya Allah… #superwoman #kitabertemudisyurga

A post shared by @ dato.red on

“Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia.

“Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya.

“Namun dia juga rapat dengan Datin Red,” katanya lagi.

Pada 9 Oktober lalu, Datuk Red telah membantah permohonan cer4i Adira di Mahk4mah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

Hakim kemudian menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan hakam kes percer4ian itu.

Adnan, menikahi Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, Adira dan Datuk Red, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk puteri yang baharu sahaja dilahirkan dua bulan lalu.

Perkahwinan Datuk Red bersama Datin Red atau nama sebenarnya, Sharifah Norshafila Hassim mempunyai lima orang cahaya mata.

Secara keseluruhan Datuk Red mempunyai 10 orang anak.

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Muat Naik Foto Di Mahk4mah Lagi, Rupanya Kali Ini Fasal Anak Datuk Red Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*