Siti Nurhaliza Kesal Ratusan Akaun P4lsu Atas Nama Siti Aafiyah.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal terhadap beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mencipta akaun Instagram menggunakan nama anak perempuannya, Siti Aafiyah.

Lebih teruk apabila individu-individu berkenaan turut mengambil kesempatan menjual dan mempromosi barangan perniagaan mereka tanpa meminta izin penyanyi tersohor negara itu.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 40, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan peminatnya yang berasa kurang senang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siti meluahkan rasa kesal menerusi laman Instagram miliknya.

“Terlalu banyak akaun yang menggunakan nama anak saya, Siti Aafiyah dan saya juga mendapat aduan daripada peminat-peminat saya yang prihatin apabila Instagram yang menggunakan nama Aafiyah digunakan untuk perniagaan pelbagai barangan dan sebagainya.

“Gambar di atas adalah salah satu akaun yang menjual produk menggunakan akaun bernama Aafiyah dan produk tersebut bukan daripada perniagaan saya,” tulisnya.

Siti meluahkan rasa kecewa itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Selasa.

Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram dan saya berharap anda tidak terpedaya.

DATUK SERI SITI NURHALIZA

Penyanyi

Dalam pada itu, Siti turut meminta peminatnya berhati-hati agar tidak terpedaya dengan ratusan akaun Instagram palsu menggunakan identiti anaknya itu.

“Saya sangat memohon agar jangan mengambil kesempatan di atas nama Aafiyah apatah lagi terdapat beratus-ratus akaun di atas nama Aafiyah.

“Saya di sini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram dan saya berharap anda tidak terpedaya jika ada yang meny4mar atau menjual produk bukan dari perniagaan saya ataupun menggunakan akaun tersebut untuk tujuan-tujuan tidak baik.

Ratusan akaun palsu dikesan menggunakan identiti Siti Aafiyah.

“Berniagalah dengan jujur dan jangan menyalahgunakan nama Aafiyah,” tulisnya.

Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, pahang ini berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Siti Aafiyah yang kini berusia setahun.

 

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza Kesal Ratusan Akaun P4lsu Atas Nama Siti Aafiyah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*