“Pukul 2 Pagi Keluar Bintik Pada Tangan, Azan Subuh Baru Hilang”- Micheal Ang Kena Gangguan Mistik.

Pengarah Michael Ang mended4hkan dia pernah menjadi m4ngsa kh1anat manusia yang terg4mak menggunakan ilmu hitam dengan tujuan meny4kitinya.

Menurut Michael, kejadian itu berlaku kira-kira tiga tahun lalu dan penyak1tnya itu pulih setelah dia mendapatkan rawatan secara Islam.

“Saya pernah kena sant4u, masa tu tak tahu kita kena… cumanya pelik sebab bila malam pukul dua atau tiga pagi keluar bintik-bintik pada tangan dan ianya hilang sebelum azan subuh.

“Ingatkan hanya s4kit kulit atau gatal-gatal biasa. Tapi bila pergi klinik doktor kata tak ada apa-apa, selama sebulan saya menanggung derit4 sampaikan badan jadi letih sebab tak boleh nak tidur.

“Ada yang cadangkan saya berubat secara tradisional dengan berjumpa seorang ustaz dan Alhamdulillah penyak1t misteri itu sudah hilang. Kejadian ini berlaku kira-kira tiga atau empat tahun lalu dan saya pun tak nak tahu siapa yang buat benda ini.

Michael mula mempercayai mengenai dunia m1stik setelah berdepan dengan beberapa kejadian m1steri.

Michael Ang ditemui ketika tayangan eksklusif telefilem Penaklukan Sya1tan yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Sementara itu, pengarah drama Sweet Dreams ini memberitahu dia mula mempercayai mengenai dunia m1stik ini setelah berdepan dengan beberapa kejadian.

“Apabila kita dah kena sendiri baru kita percaya dengan benda-benda macam ini. Lagi-lagi pula bila tengok kawan-kawan rapat yang mengalami kejadian m1steri,” ujarnya.

Bercakap mengenai telefilem Penaklukan Sya1tan, Michael Ang berkata ia hanyalah rekaan semata-mata, namun dia mengambil contoh kejadian yang pernah berlaku disekelilingnya.

Barisan pelakon telefilem Penaklukan Sya1tan.

“Memang saya nak buat cerita mengenai santau. Apa yang saya ceritakan dalam naskhah ini merupakan serpihan pengalaman orang sekeliling yang saya dengar, tetapi ia hanya rekaan semata-mata.

“Mereka bercerita kepada saya mengenai perkara terbabit… Mereka rasa seperti mulut kena tutup, tangan gatal-gatal dan sebagainya,” katanya.

Telefilem ini menampilkan pelakon Mawar Rashid, Ben Amir, Nadya Syahera, Sharifah Shahora, Norlia Ghani dan Alif Muhaimin.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Pukul 2 Pagi Keluar Bintik Pada Tangan, Azan Subuh Baru Hilang”- Micheal Ang Kena Gangguan Mistik."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*