“Bahagianya”- Zarina Zainuddin Tunai Umrah Bersama Madu, Ibu Dan Anak.”

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin memohon maaf buat semua sebelum berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah, awal semalam.

Perkara tersebut disampaikan bintang senior ini menerusi Instagram, yang turut merakamkan entri salah seorang anak istimewanya, Muhammad Raizal Azrai (Azal) yang membacakan doa serta ucapan maaf sebelum berangkat.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) pada

Selain Azal, turut sama menyertai rombongan ke tanah suci ialah madunya, Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor serta ibu Zarina.

“Assalamualaikum. Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala d0sa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan.

“Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor ,ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya, Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan akan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain ,doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti mendoakan yang terbaik dan semoga semuanya dipermudahkan sepanjang berada di sana.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) pada

Perkahwinan Zarina dengan ahli perniagaan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhmmad Razil Azrai, Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai…

Zarina mengakui dia sudah 25 tahun menjalani hidup bermadu dalam suasana harmoni dengan isteri pertama suaminya.

Ibu empat anak itu memberitahu dia setuju menjadi isteri kedua selepas bertemu dan meminta restu daripada isteri pertama untuk berkongsi suami.

“Adat menumpang kasih, saya harus tahu kedudukan diri. Apatah lagi, tiada wanita pun yang mahu berkongsi suami.

“Sejak dari dulu, saya sangat menghormati hak madu sebagai isteri pertama suami. Susah senang memang banyak mereka lalui bersama sebelum kemunculan saya.

“Apapun, indahnya kehidupan dijalani kini, saya dan madu tinggal berjiran. Rumah kami bersebelahan dan saling membantu di antara satu dengan lain termasuk berniaga pulut kuning bersama,” katanya.

Zarina berkata dia dan madunya juga sering memasak bersama dan jika sibuk dengan penggambaran drama maka isteri pertama dan suami akan menjaga anak-anaknya.

 

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

Be the first to comment on "“Bahagianya”- Zarina Zainuddin Tunai Umrah Bersama Madu, Ibu Dan Anak.”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*