“Sempat Juga Minta Maaf…” – Hazama Dedah Sesuatu Fasal Pitt Hanif Yang Ramai Tak Tahu

Penyanyi Hazama berkongsi kenangan bekerjasama dengan Allahy4rham Pitt Hanif ketika menjalani penggambaran filem Coast Guard arahan pengarah tersebut.

Menurut Hazama, dia banyak berbual dengan Pitt pada hari terakhir penggambaran filem berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون َ‎ Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun . Al Fatihah buat syurgaku. Terima kasih pada semua. Maaf baru ada kesempatan mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua. Kerna sibuk menguruskan perjalanan syurga buat ahli syurga Mohd Firdaus ku ini. Pitt u keep me smilling u keep me strong when farah atas boat di sungai farah sentuh air panggil awak tiba2 dengar SAR ” DAH JUMPA !!” . Ya Allah perasan tu Allah saja tahu syukurnya gembiranya rasa macam dapat tahu yang awak mula2 dulu suka kat farah. Perasaan malu2 farah nak tahu siapa2 yang suka kat kita itu. Im so happy farah rasa macam cinta kita berputik sekali lagi. So proud of you my man. Awak memang hebat. Yes i will. Yer farah akan pegang kata2 awak ” Farah boleh Farah boleh handle ” Tq awak atas pengalaman hidup bersama di dunia. Awak ajar farah & anak2 banyak benda. Betullah yang pahit itu ubat. Yang susah tu akan senangkan kita. Nanti kita sambung cerita… Awak farah so proud of you !!! Xsabar nak kongsi cerita kat semua orang suami farah ahli syurga❤❤❤❤ Assalamualaikum Mohd Firdaus #prayforpitthanif #tottiespoppies #iflife #farahahmad #pittfarah #part1 #iamno14 #imsohigh #imsotanned #impossibleisnothing #bagusdipinggang #bukanuntukseharidua #knickknockscotterhamman

A post shared by Farah Ahmad (@ifarahahmad) on

“Saya banyak berbual dengan arw4h pada hari terakhir peggambaran Coast Guard, sebelum itu kami jarang berbual kerana masing-masing sibuk menumpukan perhatian pada kerja.

“Pitt memang suka memancing dan banyak berbual tentang aktiviti memancing, selain itu, dia juga ada bercakap tentang muzik bersama saya,” ujarnya.

Hazama berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Tri-O bertempat di Traders Hotel, Kuala Lumpur petang semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Come and rock on with us this November! Rock stars Dato’ Hattan, Azlan Typewriter and Hazama will be on stage ‘live’ with the MPO at Dewan Filharmonik PETRONAS, led by Ahmad Muriz Che Rose! SAT 16 NOV 2019 8:30PM SUN 17 NOV 2019 8:30PM Malaysian Philharmonic Orchestra Ahmad Muriz Che Rose, conductor Dato’ Hattan, vocals Azlan Typewriter, vocals Hazama, vocals Tickets: RM299 RM199 RM139 RM99 Tickets will be on sale on 22 October 2019 at 10:30am. Register with us today as Friends of DFP, to enjoy 15% off and other fantastic benefits! For more information, visit our Box Office at Ground Floor, Tower 2, PETRONAS Twin Towers, KLCC or call 603 2331 7007. #malaysianphilharmonicorchestra #dewanfilharmonikpetronas #mporocktrio

A post shared by Mr Hazama (@mrhazama1) on

Tambah Hazama, dia juga sempat memohon maaf pada pengarah itu pada hari yang sama.

“Selain berbual, saya juga sempat memohon maaf andai ada kesilapan sepanjang proses penggambaran filem itu.

“Secara logik, sudah tentu kita akan lakukan kesilapan  ketika bekerja.

“Kami juga telah bertukar nombor telefon, tapi malangnya sekarang saya boleh padam sahaja nombor itu kerana dia sudah tiada,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@mentortv3official @tv3malaysia #mentormilenia2019 #kamonlakamon #yunowadamin #yarahhh #teamhazama

A post shared by Mr Hazama (@mrhazama1) on

Dalam Konsert Tri-O, Hazama akan tampil bersama Datuk Hattan dan Azlan Typewritter.

Konsert berprestij itu merupakan sebuah anjuran dari pihak Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dan akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur City Centre.

Ia bakal berlangsung pada 16 dan 17 November tidak lama lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert ini, harga tiket dijual pada harga RM99 (C Reserve), RM139 (B Reserve), RM 199 (A Reserve) dan RM299 untuk kategori Premium.

Tiket boleh ditempah menerusi talian 03-23317007, email [email protected] atau menerusi laman web www.mpo.com.my.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenapa En Firdaus Xpercaya ker? Farah berjaya masak ikan KENERAK yang awak last mancing sebelum hari kejadian.Aiman dah tunaikan hasrat awak. Di hari kejadian Ketika sampai Sham kawan Pitt yang selamat bgth Pitt ada simpan ikan nak bawak KL suruh Farah masak. 28hb Aiman kawan Pitt yg sewakan boat whatsapp. Dia punya minta Maaf x dpt jaga keselamatan Arwah sb sepatutnya dia pergi sama tapi dia demam. Aiman text, sehari sebelum Arwah xde Arwah ada dapat ikan, hajat dia nak bawak balik suruh akak masak. Arwah cakap “ Kerinting aku terror masak la man. Apa masakan pun kerinting aku boleh masak lah man. Aku nak suruh kerinting masak tempoyak ikan ni Man kompom padu Man ! Allah… Awak, Farah tahu awak dah xde. Dan xde makna kalau Farah minta Maaf tp Farah tahu awak xpernah xmaafkan org selalu apa jadi awak sejenis xamik port. Yer lah lama Farah xmasak sejak awak our station dan Farah pun bz. Tapi Farah berjaya masak tp siang je x sb ikan tu besar sangat. Selalu dapat ikan awak siangkan siap2 tinggal masuk kuali jer hehhe yg ni Farah suruh abg aluze htr kedai suruh siangkan heheh. Farah masak gulai tempoyak dgn asam pedas sb mama awak xmakan tempoyak. So malam ni kenduri farah ada jemput kekawan mancing awak sekali utk mereka lepas rindu. Awak terima kasih tau selalu ingat kita. Kita Akan ingat kata2 awak En Firdaus Hensem ❤. #prayforpitthanif #tottiespoppies #iflife #pittfarah #part3

A post shared by Farah Ahmad (@ifarahahmad) on

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Sempat Juga Minta Maaf…” – Hazama Dedah Sesuatu Fasal Pitt Hanif Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*