“Awak minta orang bvnvh adik saya?” – Ini bukan gurauan! Naim Daniel cari wanita rakan sebilik adiknya

TINDAKAN seorang wanita memuat naik status ingin membvnvh rakan sebiliknya membawa padah apabila perkara itu mendapat perhatian abang kepada individu berkenaan yang juga penyanyi Naim Daniel.

Naim, 22, menerusi Instagram miliknya memuat naik paparan skrin tersebut dan mencabar wanita itu bersemuka dengannya di Melaka pada Isnin depan.

“Awak nak minta tolong orang bvnvh adik saya? Di mana hanya dia seorang saja rakan bilik awak, kenapa? Terlalu takut untuk lakukan kerja kotor dengan tangan sendiri?

Naim memuat naik foto dan bukti status yang mahu membvnvh adiknya.

“Awak mahukan neraka? Saya akan berikan neraka, sayang. Jangan risau, saya boleh bantu awak. Awak dengan semua yang balas menerusi Twitter pun saya dah dapat. Sekumpulan manusia yang svkit.

“Isnin depan, saya akan datang sendiri bertemu dengan individu yang bertanggungjawab dengan bilik kolej awak untuk dapatkan senarai nama orang yang tinggal dalam bilik itu bagi pastikan awak tak nak mengaku yang adik saya bukan rakan bilik awak,” katanya.

Wanita yang menggunakan akaun bernama Nadahanies itu meminta seseorang untuk membvnvh rakan biliknya yang dipercayai adik penyanyi lagu Sumpah tersebut.

Status yang dimuat naik di laman Twitter pada Khamis menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.

 

Jangan bila saya bertemu awak nanti dan cakap ‘saya gurau atau main-main saja’ sebab awak tahu apa yang awak tulis boleh dijadikan bukti.

NAIM DANIEL

Penyanyi

Dalam pada itu, Naim memberitahu dia akan menjadikan status tersebut sebagai bukti sekiranya individu itu cuba menafikan dan menganggap apa yang ditulis hanya gurauan.

“Jangan bila saya bertemu awak nanti dan cakap ‘saya gurau atau main-main saja’ sebab awak tahu apa yang awak tulis boleh dijadikan bukti ya.

“Saya tahu ada anda beranggapan saya terlalu emosi mengenai isu ini tapi fikir semula, kalau benda ini terjadi pada keluarga anda apa yang anda akan lakukan?

“Berdiam dan tunggu may4t ahli keluarga anda sampai di hadapan pintu rumah atau bertindak? Pilih. Sebagai abang, saya tidak kisah tangan saya kotor untuk adik-beradik saya. Asalkan keselamatan adik perempuan saya terjamin,” ujarnya.

Sementara itu, pemilik nama Muhammad NaimDaniel Baharin ini sedih melihat golongan remaja menggunakan platform laman sosial dengan cara yang salah.

Katanya, kejadian seperti ini perlu diambil serius sebelum perkara tidak diingini berlaku terutama kepada ahli keluarga sendiri.

Naim mahu keselamatan adiknya terjamin.

“Itulah pentingnya fikir sebelum bertindak dekat media sosial. Apa yang kita nak tulis, kita nak luah, semuanya boleh memakan diri kita kembali. Walaupun kalau awak bergurau.

“Seperti mana yang anda lihat, betapa tenatnya masyarakat kita sekarang dalam kalangan anak muda. Bergelar seorang mahasiswi pula. Bvli dan g4ngguan adalah benar.

“Ia boleh terjadi kepada adik-beradik dan keluarga anda. Dah cukup kita dikejutkan dengan berita kem4tian pelajar di institusi pengajian tinggi sebelum ini,” katanya.

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Awak minta orang bvnvh adik saya?” – Ini bukan gurauan! Naim Daniel cari wanita rakan sebilik adiknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*