“Ibu Tahu Gosip Cinta Dengan Siti Nur Diana, Tapi Tak Pernah Tanya” – Khai Bahar.

PENYANYI Khai Bahar berharap peminat mendoakan yang terbaik jika mahu melihat hubungannya dengan penyanyi Siti Nordiana menjadi lebih daripada seorang sahabat.

Khai, 25 berkata, gandingannya dengan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana membuatkan peminat teruja dan berharap dia menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi lagu Hatiku Milikmu itu.

“Saya sedar ramai peminat yang mengharapkan hubungan kami lebih daripada sahabat. Tapi saya pun tak boleh nak kata ya atau tidak sebab soal jodoh ini kita tak tahu.

Peminat suka gandingan Khai Bahar dan Nana dalam drama Satukan Rasa.

“Sebelum ini pun pernah ada gosip membabitkan kami dan saya sudah menjelaskan kami rapat atas faktor kerja, tetapi apabila kami bergandingan dalam drama Satukan Rasa, ia mula menjadi perbualan peminat semula.

“Apa-apa pun, kalau sudah tertulis ada jodoh kami, saya reda dan terima… doakan yang baik-baik ya!,” katanya.

Kalau tanya tentang komen emak, dia memang suka semua kawan-kawan saya termasuklah Nana, jadi dia okay sahaja!

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Khai Bahar (@khaibahar94) pada

KHAI BAHAR

Penyanyi

Dalam pada itu, Khai berkata ibunya, Rosnah Mohamad mengetahui mengenai gosip cinta antara dia dengan penyanyi itu.

“Emak tahu tentang gosip kami tapi buat masa ini dia tak pernah tanya pula… mungkin dia tahu ini soal kerja.

Nana banyak memberi dorongan untuk Khai menceburi bidang lakonan.

“Kalau tanya tentang komen emak, dia memang suka semua kawan-kawan saya termasuklah Nana, jadi dia okay sahaja asalkan tahu batas dan tidak keterlaluan.

“Rasanya gosip-gosip n4kal sebegini tidak menganggu karier saya kerana kita tahu apa niat berada dalam industri ini, nak cari rezeki dan nak gembirakan semua orang ,” ujarnya.

Drama Satukan Rasa menemui penonton menerusi slot MegaDrama Astro Ria, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Selain Khai dan Siti Nordiana, ia turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Nine Mike, Yusuf Bahrin, Nina Juren, Nadya Syahera dan Isyariana.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Ibu Tahu Gosip Cinta Dengan Siti Nur Diana, Tapi Tak Pernah Tanya” – Khai Bahar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*