Jangan Sesuka Hati Meninggalkan Solat Jumaat .

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:

“Hendaklah orang-orang yang suka men1nggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membut4kan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.

Men1nggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat huukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemuurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan d0sa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertuutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan d0sa-d0sa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan men1nggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesuk4ran yang mencapai darjah keuzvran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sak1t dan orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk men1nggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

 

Sumber: Hmetro

Be the first to comment on "Jangan Sesuka Hati Meninggalkan Solat Jumaat ."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*