Wajah Seiras Dengan Pasangan Tanda Jodoh. Doktor Ini Ada Jawapannya.

Kita sering kali mendengar ada ayat yang menyatakan jika pasangan itu memiliki wajah yang seiras, tandanya jodoh mereka kuat.

Bagi yang tidak mengenali, mungkin ramai yang akan beranggapan pasangan tersebut mempunyai pertalian darah sedangkan mereka adalah pasangan suami isteri.

Malahan, ada yang mempercayai fakta ini sehingga sanggup mencari pasangan yang memiliki ciri-ciri wajah yang hampir sama dan berharap agar hubungan itu berkekalan hingga ke Jannah.

Gambar Hiasan/VisualHunt

Tetapi hakikatnya, terdapat satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2011 mengenai perkara ini. Dr Ahmad Rostam Md Zain yang merupakan seorang pakar psikiatri telah berkongsi mengenai fakta sains di sebalik ‘kejadian’ pasangan berwajah sama ini. Perkongsian ini telah mendapat sehingga 15,231 retweet di Twitter sejak ianya ditulis pada 17 November lalu.

Twitter

Menurut Dr Rostam, kajian yang dijalankan pada tahun 2011 mengenai pasangan seiras menunjukkan bahawa seseorang cenderung untuk memilih pasangan yang memiliki wajah hampir sama dengan diri sendiri atau ibu bapa.

Perkara ini disokong dengan teori ‘Assortive Mating’ yang menyatakan bahawa individu cenderung memilih pasangannya yang memiliki ciri fizikal dan juga strata sosial yang setara.

Antara fakta-fakta menarik yang Dr Rostam kongsikan tentang perkara ini adalah seperti yang berikut:

  • Pasangan cenderung memiliki tabiat, bahasa badan dan juga gaya yang sama sekali gus membuktikan wujudnya ikatan emosi dan kepercayaan yang tinggi di antara satu sama lain
  • Sistem imunisasi badan akan menjadi hampir sama. Jadi, jika seorang tidak sihat, maka pasangannya juga akan j4tuh s4kit
  • Pengalaman hidup bersama menjadikan pasangan melalui naik turun emosi serta cabaran yang sama
  • Kedutan di muka juga terjadi di tempat yang sama
  • Semakin tinggi tahap kegembiraan dan kebahagiaan antara pasangan, semakin iras wajah kedua-duanya (kajian Robert Zanjonc, 1965)

Maka dengan penularan penulisan Dr Rostam ini, majoriti netizen yang mula berkongsi gambar peribadi bersama pasangan masing-masing sekali gus membuktikan bahawa terdapat ramai pasangan yang memiliki wajah seakan-akan sama!

#1 Sama tak? Ramai cakap sama tapi rasa macam tak sama tapi kadang-kadang sama

Twitter

#2 Ramai cakap muka saya dengan suami sama. Tak tahu mana yang sama

Twitter

#3 Entah lah nak

Twitter

#4 Saya datang bulan, dia yang tumbuh jerawat

Twitter

Sebenarnya tidak kisahlah wajah seiras mahupun tidak, apa yang penting adalah kebahagiaan, kejujuran dan kesetiaan dalam seseuatu perhubungan.

Jika anda mendapat pasangan yang hampir seiras, itu adalah satu bonus dan rezeki buat anda. Jika tidak, raikan setiap detik bersama pasangan meski apa pun rintangan yang dihadapi.

 

Sumber: EBOnline

Be the first to comment on "Wajah Seiras Dengan Pasangan Tanda Jodoh. Doktor Ini Ada Jawapannya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*