Menangis Sebenarnya Dapat Memberikan Kebaikan Terhadap Kesihatan.

Pasti ramai yang bersetuju apabila dikatakan wanita lebih banyak menangis berbanding lelaki. Perkara tersebut diperkuatkan lagi dengan hasil kajian akademik yang mendapati bahawa wanita menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Terdapat data yang dilaporkan menunjukkan wanita di Amerika Syarikat menangis 3.5 kali ganda dalam sebulan manakala lelaki pula 1.9 kali ganda dalam sebulan.

Adakah menangis itu tanda yang menunjukkan wanita atau lelaki itu lem4h? Jika anda rasa mahu menangis, menangislah kerana ada faedah terhadap kesihatan yang kita boleh perolehi daripada menangis.

1. Mengurangkan tek4nan

unsplash

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014 mendapati bahawa menangis mampu menenangkan seseorang yang sedang melalui tek4nan. Walaupun tek4nan tersebut tidak serta-merta hilang tetapi cukup membantu menenangkan seluruh badan. Menurut para penyelidik, menangis akan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik, PNS dan seterusnya memberikan kesan ketenangan kepada otak.

2. Menurunkan tekan4n d4rah

pixabay

Tek4nan d4rah tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti str0k, ser4ngan j4ntung, keg4galan j4ntung, demensia dan juga kegag4lan buah pinggang. Namun dengan menangis, tek4nan d4rah dapat diturunkan dan berada di paras normal malah tangisan yang kuat boleh menstabilkan nadi.

3. Menyingkirkan t0ksin daripada badan

unsplash

Tahukah anda air mata yang mengalir ketika anda menangis boleh menyingkirkan h4buk, asap dan debu daripada mata anda? Bukan itu sahaja, air mata juga dapat menyingkirkan t0ksin yang terkumpul di dalam badan akibat tek4nan yang anda alami. Lantaran daripada itu, emosi anda akan menjadi lebih stabil.

4. Menstabilkan emosi yang terganggu.

unsplash

Perubahan emosi kadang-kadang berlaku disebabkan banyak punca. Tiba-tiba anda akan berasa tidak tenang, s4kit hati, menjengkelkan dan m4rah-m4rah. Sedar atau tidak menangis dapat menenangkan jiwa serta menstabilkan emosi yang terganggu.

5. Meredakan kes4kitan

pixabay

Ketika kita mengalami kes4kitan secara fizikal, air mata akan mengalir tanpa dip4ksa-p4ksa. Itu adalah cara badan mengurangkan kes4kitan yang kita alami. Penyelidik mendapati tangisan dapat membebaskan oxytocin dan endorfin yang membantu kita berasa tenang sekali gus melegakan kes4kitan yang dialami.

Setelah mengetahui bahawa tangisan dapat memberi kebaikan kepada kesihatan maka wajarlah kita menepis tanggapan bahawa menangis ialah tanda seseorang itu lemah. Jadi, jangan teragak-agak untuk menangis selepas ini.

 

Sumber: 

Be the first to comment on "Menangis Sebenarnya Dapat Memberikan Kebaikan Terhadap Kesihatan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*