Pemuda Berhati Mulia ‘tegur’ Individu Buang Sampah Merata Di Tempat Awam.

Melihat sesetengah masyarakat membuang sampah merata-rata pasti hati menjadi geram kerana tiada kesedaran sivik walaupun kempen kesedaran diperkenal sejak sekian lama.

Yang pasti! Ramai yang sekadar memerhati dan mengkritik dari belakang perbuatan individu yang tiada kesedaran sivik tersebut.

Jarang sekali kita dapat lihat orang yang berani menegur atau mengajar mereka yang kurang pendidikan sivik ini.

Baru-baru tular di laman Twitter sebuah video seorang lelaki memberi pengajaran secara terbuka kepada seorang individu yang membuang sampah merata-rata.

Video tersebut dikongsi oleh pengguna Twitter, Typical Malaysian menunjukkan sebuah kereta membuang sampah di atas jalan raya sewaktu terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

Video berkenaan yang berdurasi 25 saat itu disaksi lebih 397,000 dan 11,600 yang menekan tanda suka.

Dalam video berkenaan, muncul pula seorang lelaki yang mengutip sampah tersebut dan meletakkannya di cermin depan kereta tersebut dan berlalu pergi.

Pada kejadian tersebut kereta di hadapan sedang berhenti dan dipercayai  dalam siatuasi sesak.

Lelaki yang bertanggungajwab itu yang tampil kemas dengan memakai baju putih dan kemeja dan kemungkinan uniform kembali ke kereta tanpa berlaku pergaduhan

 Kalau dilihat ia kelihatan seperti satu perbuatan yang biasa namun memberikan pengajaran yang sangat besar kepada netizen.

Tindakan pemuda  berani itu mendapat pujian dari netizen  dan menganggap perbuatan si pelaku tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak sayang kepada negara sendiri.

 

Sumber: EBOnline

Be the first to comment on "Pemuda Berhati Mulia ‘tegur’ Individu Buang Sampah Merata Di Tempat Awam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*