Lelaki But4 Tunjuk ‘Skill’ Main Skateboard, Netizen Kagum.

Kemahiran yang diperlukan untuk bermain skateboard membuat ianya kedengaran mustahil bagi orang yang tidak dapat melihat untuk menikm4ti sukan ekstrim itu.

Namun seorang lelaki Jepun telah membuktikan bahawa tidak memiliki penglihatan tidak menghalang dia dari bermain skateboard.

 

Dalam satu video yang tul4r, lelaki berkenaan dilihat beraksi di atas papan skateboard dengan menggunakan tongkatnya untuk ‘melihat’ arah.

Malah dia juga mampu melakukan pergerakkan mencabar seperti melompat dari atas tangga, meluncur atas bangku, dan melakukan ramp trick.

Video yang telah meraih sebanyak 2 juta tontonan di Twitter itu diakhiri dengan rakan-rakan lelaki itu menyorak dan memuji persembahannya yang hebat.

Kebolehan yang ditunjukkan pemuda itu membuat rata-rata netizen kagum dan ramai yang meluahkan rasa tercabar kerana tidak dapat menguasai sukan itu walaupun mereka dapat melihat.

“Nak berdiri atas skateboard pun tak reti…”

“Dia boleh skate lagi baik dari aku boleh jalan…”

“Tak boleh buat walaupun boleh melihat…”

 

Sumber: Twittervia HCL

Be the first to comment on "Lelaki But4 Tunjuk ‘Skill’ Main Skateboard, Netizen Kagum."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*