Hadiahkan ‘Skechers’ Buat Ibu & Ayah, Ramai Puji Lelaki Ini.

Membuatkan ibu dan bapa gembira dan bahagia adalah satu perasaan yang tidak terluah rasanya. Selama berbelas atau bertahun-tahun mereka membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, melayan keperluan dan karenah anak-anak yang berbeza-beza perangainya.

Bila sudah menginjak dewasa, inilah masanya untuk membalas budi mereka yang sebelum ini sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak. Biarpun rasanya tidak berbalas budi dan wang ringgit sepanjang bertahun-tahun membesarkan kita, namun harus usaha juga untuk membahagiakan mereka.

Baru-baru ini tul4r di sosial media dengan satu kisah seorang anak yang menghadiahkan dua pasang kasut jenama Skechers kepada ibu dan bapanya sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

Kisah anak muda bernama Amirul Amin Bin Azlan, 27 tahun ini dikongsikannya melalui Twitter dan telah meraih perhatian ramai. Menurut Amirul Amin yang berasal dari Seremban ini, setiap tahun dia dan adik-beradik yang lain akan cuba beri hadiah atau belanja mereka makan sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

Amirul Amin bersama keluarganya

Untuk tahun ini anak ke 2 daripada 5 adik-beradik ini mahu berikan lebih jadi dia dan adiknya yang nombor 4 berkongsi untuk berikan kasut jenama tersebut serta belanja makan kepada ibu dan bapa mereka.

Tambah Amirul Amin yang juga merupakan seorang peguam, hadiah tersebut dipilih ibunya sendiri dan begitu juga bapanya.

Sebelum ini perkongsian Amirul di Twitter telah meraih lebih 8,700 retweets serta 21,000 likes.

Berikut adalah perkongsiannya di Twitter:

Selain itu Amirul Amin turut menulis buat orang lain yang risau belum dapat membuat perkara sebegini kepada ibu bapa mereka jangan risau kerana masa itu akan tiba nanti.

“Bila dah ada rezeki lebih nanti, belanjalah parents puas2. InsyaAllah lepastu rezeki yang lebih besar datang. Hadiah tak seberapa ni tak mampu pun balas jasa diorang selama ini,” tulisnya lagi.

Rata-rata netizen meningg4lkan reaksi mereka di ruangan komen mengenai perkongsiannya ini seperti berikut:

“Sweetnya matching matching…”

“Doakan kitaorang yang lain murah rezeki jugak! Nak bagi macam ni jugakkk!”

 

Sumber: Amirul Aminvia HCL

Be the first to comment on "Hadiahkan ‘Skechers’ Buat Ibu & Ayah, Ramai Puji Lelaki Ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*