Tolak Kerusi Roda Isteri Ke Lokasi Mencari Rezeki, Pengorbanan ‘Spiderman’ Ini Meruntun Jiwa.

Kehidupan tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang, di mana kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada pelbagai ujian dan cabaran di dalam kehidupan.

Begitulah juga dengan kisah lelaki ini, Ahmad Shakirin Mohd Zain yang tular di media sosial ekoran menolak kerusi roda isterinya ketika menghiburkan orang ramai dengan menjadi adiwira Spiderman demi isterinya.

Difahamkan bahawa dia sudah lebih setahun menjadi penghibur jalanan untuk meraih pendapatan lebih bagi menampung kos rawatan isterinya yang berkerusi roda ekoran kaki kanannya telah dip0tong daripada paras lutut ke bawah kerana d1abetes.

Isterinya sebelum ini berkerja sebagai seorang tukang masak di sebuah restoran terkenal di ibu kota dan kerjayanya itu kemudian tidak dapat diteruskan lagi apabila dirinya terj4tuh di dalam bilik air lalu diser4ng peny4kit ang1n ahm4r.

Ekoran kejad1an tersebut, mereka kemudian memutuskan untuk meningg4lkan ibu kota lantas berhijrah ke Pulau Pinang dan cuba mencari rezeki dengan kerja ini. Menurut Shakirin, pendapatannya sebelum ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur hanya bergantung kepada hasil upah melukis dan penjualan lukisan.

Apabila melihat ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia yang berusia 50 tahun, kemudiannya turut mengikut jejak langkah yang sama dan membeli sut pakaian tersebut dengan harga RM180 secara dalam talian.

Facebook

Aksinya dalam sut adiwira berkenaan ternyata mencuri tumpuan orang di sekitarnya lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak. Shakirin menganggap bahawa ia merupakan satu terapi buat dirinya ekoran rasa gembira apabila sentiasa didampingi dengan anak kecil.

Facebook

Setakat ini, dia dan isterinya, Nur Aznita Mohd Ismail yang berusia 37 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata. “Saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan saya dan isteri”, katanya.

Walaupun berhadapan dengan kesukaran hidup, namun dirinya tidak pernah meminta-minta. Dia juga menyimpan cita-cita untuk menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis makanan bagi menjana pendapatan setelah isterinya pulih kelak. Sama-sama kita doakan.

 

Sumber: 

Be the first to comment on "Tolak Kerusi Roda Isteri Ke Lokasi Mencari Rezeki, Pengorbanan ‘Spiderman’ Ini Meruntun Jiwa."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*