“Aku Makan Nasi Putih, Kicap, Dgn Strawberry Atau Buah Nenas. Kau Rasa?”- Lelaki Ini Pengalaman Kerja Petik Buah Di Australia.

Bekerja sebagai pemetik buah di Australia bukanlah perkara baru didengari. Malah, ada segelintir anak muda yang sanggup mengambil risik0 kerana tertarik dengan gaji lumayan yang ditawarkan. Namun, ramai yang tidak tahu realiti sebenar sebagai pemetik buah.

Di twitter, seorang lelaki dikenali sebagai Zack Zakirin berkongsi pengalaman bekerja sebagai pemetik buah selama sebulan setengah. Bayangkan dia terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan hasil lumayan dan ianya bukanlah sesuatu perkara yang senang. Ikuti perkongsian ini..

Nak cari pengalaman petik buah masa cuti sem

Nanti aku share pengalaman aku sebagai life as “pemetik buah” dekat aussie. Tapi aku pergi sekadar nak ambil pengalaman dan selok belok “sc4mmer” and yang legit dekat sana. Kena recall balik. Sebab I went there on 2015/16.

Okay let’s start. Waktu tu aku ada cuti sem 4 bulan. Jadi aku tak tau nak buat apa. Then aku nampak kawan2 aku pergi petik buah dekat sana. Masyukkk oii nampak deme ni.

Dpt pergi jalan sana sini. Bbq lah, mancing ikan lah dekat Aussie (Oz). So aku pun pm member aku.

Oh btw, kwn aku ni dah balik Malaysia time aku baru nk pergi tu. Aku tanya, mcm mana cara nak g kerja dkt sana.

Dipendekkan cerita, dia kata, kwn dia dh ada kerja dekat sana 2 tahun. So aku ckp, aku nak g. Dia pun tolong adjust and contact member yg dkt Oz utk aku pergi.

So kwn kpd kwn dkt Oz, nama Black (not real name) contact aku. Ckp, “Dtg lah. Kami boleh tolong ejas kalau nak kerja. Ada kosong ni.

” Then kwn aku yg duk M’sia ni ckp la kalau dh org tlg urus pg sana ni, ada kos tertentu which is 200 Aud. Aku OK sbb tu harga 2 hari petik buah.

So aku call Black and cakap, aku bayar once aku dah sampai. Dia okay. And dia pun ckp dkt aku, yg sapa2 kenalkan dkt dia pun perlu dpt habu4n.

So dia suruh aku bagi dlm RM 250 dkt member aku tu. So total modal pengurusan yg LEGIT (but still illeg4l) pun dlm Rm 650-750..

Bawa 800 Aud

So aku book ticket flight return bulan Nov 2015, duration seminggu. Sebab zaman tu, immigration OZ nampak ada return flight then dia kira pakat lepas lah dlm fikiran aku. That’s why aku beli tiket return.

Once purchased, aku prepare lh duit, passport, visitor Visa everything ready, dummy itinerary, dummy booking hotel, dummy rental car.

Time ni aku rasa kalau kant0i, mamp0s aku. Sbb ni bukan level nak tipu lecturer. Ni nak kelent0ng Immigration OZ. Dh rasa mcm Berlin Money Heist.

So on D-day, aku fly lah ke Melbourne. Aku bawa duit dlm 800 Aud. In case immigration nak tgk duit aku. D0cuments and jwpn aku dh ready dlm kepala.

So bila sampai sana tu, I’m nervous. Sebab aku tak pernah solo travel and niat nak buat illeg4l job dkt negara org ni.Bila tgh beratur dekat nak pergi cop passport, ada nampak a few people kena tah4n dgn immigration.

Ada melayu, ada Indonesia kena tahan. Dlm hati, cu4k tak yah ckp ah. So aku nampak ada a group of family yg mcm dtg melancong, terus cepat2 i que with them. Berlakon jd family.

Banyak kena soal, pakaian kena kemas

Tapi x berhasil. Sbb time que tu juga, ada pegawai tah4n aku, & check my passport. Then dia bawa aku pergi satu tempat khas. Dia ckp baik2, kami nk check whole body & bag.

Siap kena masuk dlm machine body scan lagi mcm aku ter0rr1st. Mungkin sbb ada nama ABDULLAH dlm passport.

So masa tgh kena check dgn pegawai tu, dia ada tanya a few question. Antaranya, “Ada contact dgn any farmers dkt sini?”, “Ada contact dgn agent dr ladang2 tertentu?”. “Berapa lama stay sini?”. “Tinggal dkt mana?”. “Skrg tgh kerja or belajar lg?”

Semua soalan tu, dpt dijawab dengan tenang walaupun hati berdebar-debar. Lepas tunjuk return flight ticket dkt officer, ckp I’m a student and will be overnight at RMIT University since my friend study there. So dia mcm terc0nvince. Maka aku terlepas.

Bila fikir balik, factor pemakaian dn percakapan buat pegawai tu percaya. Sbb 4-5 orang yang kena tahan siap kena m4rah2 lagi tu, semua pakai macam “Jakun”.

Contoh jeans like really lusuh, kasut kotor, jacket and cap mcm pasar malam. Berjalan pula in a group. Mmg kena mark lah.

Waktu tu, aku pakai slack jeans hitam + kemeja + Blazer. And bawa juga student ID etc. Oh ya, teringat pula, Oct 2015 tu, ada org Malaysia menga muk dkt restoren aussie. Ramai gila p0lis aussie dtg, takut isu ter0rr1st.

So sbb isu ni juga, I assumed kena tarik masuk tempat body scan khas yg lain dari org lain. Bila dah lepas everthing, waktu tu pukul 3.30 pg Oz, phone hny guna wifi utk contact Black utk ckp dh sampai. Dlm pukul 4 mcm tu, dia whatsap, jumpa dkt Bayswater Station dlm pukul 10am.

So aku pergi lah ke surau. Gelap gila, sekali masuk. Mcm banyak gila bungkusan besar besar. Aku buat b0doh. Rupanya org tidur tutup sekali dgn bag guna blanket. Yg tgh tidur ramai tu org Indonesia. So, jumpa dh geng illeg4l yg survive dari immigration dkt surau.

Waktu subuh 5 am, kami kena halau dgn staff airport, utk tidak tidur dlm tu, sbb org nak solat subuh. Lepas solat, beransurlah pergi cari port lain utk tidur, end up aku tidur secara duduk dkt mana2 kerusi for 3 hours.

Sedar2 dah pukul 8.30 am. Aku terus beli tiket ke Bayswater.

Dipendekkan cerita, aku tertidur dlm train, terlajak dlm 3 station. Sim card pula lupa nak beli. Internet tak ada. Jam sudah pukul 10 am. Janji dgn Black pukul 10 dkt station tu.

So berpatah balik, sampai situ dlm 10.15am. Black tak ada, public phone tak boleh pakai.Jd bermula journey utk tebalkan muka, utk pinjam phone org utk call Black. Dah lah kawasan tu tak ada org sgt.

Kalau yg turun station tu 4-5 org je. Jenuh juga nak mencari. But Alhamdulillah jumpa someone yg baik hati, dia pinjamkan utk call Black. Dan dia ckp, tunggu 10 mins.

So Black sampai utk pick up dan buat aku ‘mindbl0wn’. Sbb jiran aku (Ikki) time kecik2 dkt kampung dulu ada dlm kereta tu. WTH… Dia org dah 2 tahun kerja dkt sana. Nak balik kampung tak mau lg. Sbb tak mencapai target saving. So yeah rasa lega kejap dpt jumpa dia org.

Rumah setinggan teruk

Bila otw nak pergi kediaman mereka, dia org cakap lah, “Zack, kau relax2 dulu sehari dua k, sbb ladang tgh full. Nanti aku tanya boss boleh tak nak masukkan kau”. Dalam hati.. “What???? Aku ingatkan dah secure. Rupanya tak”.

Terus m0od jd d0wn. Dlm hati ckp, if tak ada rezeki utk cari experience ni, I still can go back to MY. Sbb return tiket masih ada… Maka sampailah kami ke kediaman mereka. Rumah boss kita org. Dlm hati ckp lg, boleh tahan tempat tinggal. Cantik.

Tp m0od jadi d0wn balik, sbb Black ckp, “Ni rumah boss, tp tempat kita tinggal ni”. Dia bawa aku pergi lorong kecik tepi rumah. WTH… Aku tersenyum dalam duk4.

Rumah setinggan. Serious rasa macam jd Bangla dkt MY. Rumah tak ada lantai. sekadar simen. Bilik berlantaikan kotak. Dinding playwood.

But Alhamdulillah adalah tilam nipis. Waktu ni, barulah faham ayat quran surah Ar Rahman, “Nikmat apa yang kau dustakan”.

Kena turun mencangkung petik seks4

Pg esok bangun pukul 4.30 am, ready utk pegi kerja. Sejuk tak payah ckp, nasib naik ada heater. Lepas solat subuh, kami berangkat. Dah sampai ladang Strawberry dekat Lilydale, rasa macam WOW.! Besar dan berbukit2. Maka dia org ajarlah mcm mana nak petik buah straberry tu.

Kami kena bawa tray, duduk mencangkung, jalan itik petik for 280m/row (return). Kalau kena yg tanah lurus, okay, kena yg berbukit, memang sakit tak boleh bawa bincang. Gaji kira per tray. Penuh satu tray, dibayar 3 $. Nak penuh satu tray tu tak mudah.

Yang s4disnya, kerja sekali dgn org Vietnam. Dia org mmg laju gila petik. Rule dekat situ, dia bagi setiap org satu row. Tp kalau row sendiri dah habis petik, kau boleh masuk row org lain utk petik. Jd boleh ckp, row aku selalu kena r0gl dgn Vietnam.

Hari first kerja, hanya dpt 30$. Kalau dh dtg Oz ni, at least sehari kena dptkan 100$. Baru worth. Balik rumah tu around pukul 11 am, rehat and lepak2 je. Sbb ladang tu buah tak banyak. Semua org pon dpt hasil yg sikit.

So routine yg sama pd hari kedua. Hari ke 3, aku tak pergi kerja. Sebab xboleh cankung. Rasa macam muscle sore. Aku termenung tgk siling. Patut balik tak MY weekend ni. Sbb masih ada tiket. Mlm tu sebelum decide nak balik, Black kenalkan Ben, contactor yg kerja dkt Brisbane.

Terpisah dengan kawan untuk ke Brisbane

Ben ni owner rumah tu, wife jaga ladang Melbourne, Ben jaga dkt Brisbane. So dia tanya, siapa nak follow dia pergi Brisbane. Ladang dkt sana 200 ekar. Buah strawberry byk dan besar2. Tanah landai. Petik guna troli. Niat nak balik, terus x jd. Aku decide utk follow Ben.

Dari situ, aku terpisah dgn Black dan Ikki. Dia org pun bg moral support utk pergi sana. Sbb buah terlalu banyak, row nanti tak kena ambik org. Tak perlu cangkung susah2, sbb guna troli, and kita kena duduk atas troli tu dan gerak slow2 sambil kutip.

Masyuk tapi penat dia tak boleh imagine

So dekat ladang ni rasa macam happy sikit, sebab penginapan dia selesa. Bukan setinggan. Satu rumah tu, Ben letak semua org Islam. So, time tu rasa macam tak sabar nak petik buah esok pagi. Nak tgk ladang besar yg byk straberry tu.

Kul 4 pg dh kena bangun utk bersiap pergi ke ladang. Since kereta indo dah penuh, aku kena tumpang jiran sebelah, Uncle Dye, refugee Vietnam yg lari masa perang dulu. Dia ni mmg paling champion. Orang lain averange 50-60 tray, dia baham 120 tray.

Sistem sama, satu tray lebih kurang 2.8 $ – 3.0 $. Jadi siapa dpt tray banyak, dia akan dpt income lebih. Average income dpt dlm 110$/ day, si uncle dye pula 300$/day. Masyuk memang masyuk. Tapi penat dia tak payah cakap. Aku turun 10 kg kot time dekat sana.

Imagine ya, Ladang 200 ekar, kita kena isi tray penuh satu troli. Bila troli dh penuh, kena angkat tray tu, pegi dekat lori yg kumpulkan tray tu. Dkt lori tu, checker akan tgk buah2 kita petik. Once dia puas hati, dia bagi chip. Chip ni kena kumpul utk bagi dkt Ben end of day.

Berlinang air mata rindu keluarga

Sepanjang 3 minggu asyik ckp Indo, call parents/gf selang 2,3 hr sekali. Sbb limited internet. Nk meluahkan perasaan dkt org Indo ni mmg jgn sesekali, dia org baik tp can’t be trusted. Bila balik rumah almost maghrib, aku mandi, mkn, then tidur. Aku tgk siling, siling tgk aku.

Cerita bab makan ni lagi sendu. Nak beli ayam, mahal. Jd nak jimat punya pasal, HARI HARI AKU MAKAN NASI PUTIH TELUR MATA DAN KICAP. Sampai satu hari tu, aku makan Nasi putih, kicap, dgn strawberry atau buah nenas. Kau rasa? HAHAHA…Nak share lauk, segan. Dia org makan mewah.

Lupa nak tambah, bukan hari-hari ye kita akan petik buah. Contoh hari ni petik, esok buat cleaning (p0tong daun). Selang seli macam tu. Jd kalau hari cleaning ni, memang perit. Sbb kena duduk cangkung and pot0ng daun for 500m (return). 2 hari ambik masa do. Dptlah 60$.

Ada satu hari tu, time kena pot0ng daun, tengah panas gila tu, tiba2 berlinangan air mata. Rindu rumah, rindu family, rindu Malaysia, rindu nak cakap Melayu. Aku call mak aku, ckp nak BALIK. Terus 5 beradik tolong carikan ticket utk sekian2 waktu dan murah.

Terima kasih Ben yang tak ani4ya aku

Aku call Black dgn Ikki, ckp dah nak balik Malaysia ni. Dia org ckp, kejapnya dtg? Aku ckp la, aku dtg ni saja2 nak cari pengalaman. Bukan nak cari duit sgt. Nak merasa mcm mana life korang. And aku ckp, korang dtg Farm ni, buah baik2, ladang besar.

Dipendekkan cerita, tamatlah kerja dkt ladang, berpeluuk2 sama Mas2 dan Bapa2, Ben bawa bermalam di safe house sehari sebelum aku berangkat ke MY. Since dia tau aku muslim, dia masakkan semua seafood, masakan ala vietnam. Not bad sedap. Mana nak cari boss baik mcm ni.

Thank you Ben, sebab tak ani4ya aku sebagaimana contractor2 lain ani4ya illeg4l fruit picker yg lain.

Jawapan masa kena tahan imigresen memang win

Ada sambungan sikit yg tak penting pun ni. Bila nak balik MY tu kan, kena pass by immigration. So time ni cu4k juga lah sebab stay 1.5 month dkt Oz as “illeg4l fruit picker”. Waktu ni selawat mengucap semua ada lah.

Mcm biasa, life kena confident. Time lepas dgn immigration dkt counter. Rasa happy jap. Tp tiba2 ada pegawai tahan aku belakang tu. Dia pegang passport aku, “Why are staying for so long? What are you doing here?”

Aku jwb, “Im travel all around aussie. I landed at Melbourne. Went to GOR, National park. Then come to BNE, to visit my GF studied at University of Brisbane”. “What course did she’s study?”. Selamba i jawab, “IT”. “She’s lucky to have a boyfriend that put this much effort”

“Have a nice day and enjoy your journey”- Officer. Me at that time: Hello Home!

 

Sumber : kicappedas media

Be the first to comment on "“Aku Makan Nasi Putih, Kicap, Dgn Strawberry Atau Buah Nenas. Kau Rasa?”- Lelaki Ini Pengalaman Kerja Petik Buah Di Australia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*