“Habis Botak” – Netizen Terbahak Tengok Mat Saleh Buat Tiktok Kupas Rambutan Pakai ‘peeler’

Dah banyak video tunjuk mat saleh pelik bila tengok dan rasa bermacam jenis buah dekat Malaysia ni kan? Terbaru, seorang personaliti terkenal TikTok, Gavin Smith ada upload video cuba kupas buah rambutan.

Sumber: TikTok

Dalam video tu, boleh dengar dia punya suara yang pelik bila tengok buah rambutan tu. Sambil dia belek, dia cuba fikir macam mana agaknya nak kupas rambutan.

Apa benda ni?”

Tapi, yang buat netizen tak tahan nak gelak adalah Gavin kupas buah tu guna peeler! Melalui tweet Sabrine Amira yang kini mempunyai lebih 12,400 retweets, ramai netizen bagi reaksi tentang apa yang dorang tonton dalam video Gavin tu.

Memang habis buah rambutan tu kena kupas sampai ke biji. Mula-mula Gavin tu guna peeler, lepas tu dia ambil pisau untuk kerat rambutan. Boleh dengar suara dia pelik bila ternampak biji rambutan tu.

Bukan setakat rambutan, tapi rupa-rupanya Gavin ada juga upload video dia cuba kupas buah mata kucing cuma tak gunakan peeler.

Sumber: Twitter

Be the first to comment on "“Habis Botak” – Netizen Terbahak Tengok Mat Saleh Buat Tiktok Kupas Rambutan Pakai ‘peeler’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*