Keledek miliki 1001 khasiat.

Ubi keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat dan kuih talam. Bagaimanapun daun ubi keledek yang kaya dengan nutrisi biasanya dibuang begitu saja atau dijadikan makanan ternakan.

Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. Di negara ini, walaupun ubi keledek ditanam dengan meluas tetapi banyak yang tidak diketahui mengenai tanaman ini.

Jika diikutkan kajian, keledek mempunyai banyak kahsiat dan sesuai untuk wanita hamil dan kanak-kanak.

Keledek juga kaya dengan protein dan boleh menambahkan keperluan protein harian yang diperlukan.

Sesetengah penyelidik menyatakan keledek kaya dengan nutriet termasuk vitamin A dan B6, vitamin A dapat membantu menguatkan imuniti dan menguatkan fungsi badan dan juga membantu penglihatan.

Vitamin B6 pula meningkatkan keupayaan kognitif dan dipercayai mengurangkan risiko strok.

Ia juga mengandungi kalium dan magnesium dan jika mengambil keledek dalam kuantiti yang banyak dipercayai boleh mencegah penyakit jantung.

Berbanding dengan keledek putih, keledek kuning mengandungi tahap vitamin A yang lebih tinggi tetapi kedua-dua mengandungi potassium dan vitamin C yang lebih tinggi.

Apa jua pilihan ubi keledek anda kelak, semuanya kaya dengan nutrisi. Maka, ambil peluang ini untuk meletakkannya dalam menu anda bagi mendapatkan khasiat yang terbaik.

Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memasukkan karotenoid dalam diet mereka. Karotenoid juga membantu mengurangkan kemungkinan serangan semula kanser pada tubuh.

Menyediakan hidangan kedeldek sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Keledek biasanya  tumbuh dalam pelbagai saiz. Anda boleh memilih saiz dan bentuk mengikut keperluan anda. Sekiranya anda ingin membuat keledek panggang, anda boleh memilih yang bersaiz kecil, yang lebih mudah untuk dimasak di tengah.

Keledek bakar atau panggang secara keseluruhan sebiji atau dipotong dalam saiz tertentu, juga sesuai dihidangkan dengan pelbagai masakan termasuk daging atau ayam.

Manakala menyediakan hidangan keledek bakar hanya perlu dibakar dalam tempoh 45 minit atau sejam bagi menghasilkan kulit yang garing.

Selain itu, pelbagai lagi hidangan boleh disediakan dengan keledek manis termasuk menjadikan keledek sebagai puri.

Manakala untuk menjadikan hidangan ringan, anda boleh membua potongan nipis sebagai jejari kentang sebelum digoreng dengan minyak panas.

 

Sumber: EBonline

Be the first to comment on "Keledek miliki 1001 khasiat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*