“Jep takpe lagi yang Sari Yanti tu knp?” – ‘Kembar’ Jep Sepahtu Cvri Perhatian Lagi, “Muka Sepesen”

Sebelum ini video seorang lelaki yang dikatakan seiras dengan wajah pelawak terkenal di Malaysia, Jep Sepahtu pernah menjadi tular. Video lelaki tersebut yang digelar ‘kembar’ Jep Sepahtu sedang berjalan dengan cara kelakar telah mencuri perhatian ramai dan membuatkan ada yang tertawa dengan gelagatnya. Malah video tersebut turut mendapat perhatian Jep Sepahtu sendiri.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mesti korang ingat aku dah mula main tik tok kan? 🤣🤣

Siaran dikongsi oleh Jepsepahtu (@jepsepahtu) pada

Biarpun begitu, baru-baru ini video ‘kembar’ Jep Sepahtu yang lain pula telah mencuri perhatian ramai. Lelaki tersebut yang juga pemilik akaun Tiktok dengan nama Dausabu ini sememangnya memiliki paras wajah hampir sama dengan Jep Sepahtu. Benarlah kata orang dalam dunia ini ada tujuh orang muka yang sama dengan kita!

Apa yang membuatkan video tersebut mendapat perhatian ramai adalah gelagat lelaki tersebut yang boleh tahan kelakar dan wanita di sampingnya itu juga tidak kurang hebatnya! Berikut adalah video lelaki ini yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter:

Video tersebut telah meraih lebih 160 ribu tontonan dan 11 ribu retweets serta 8,800 likes. Rata-rata warganet ada yang turut bersetuju wajah lelaki ini seiras Jep Sepahtu. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan mereka di ruangan komen:

“Wehhh! Aku hampir terkejut tengok Jep centu. Sebijik pulak senyum dia tu”

“Hahaha OMG muka sama dengan Jep”

“Muka sepesen. Kelako pun sepesen”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: HCL


Be the first to comment on "“Jep takpe lagi yang Sari Yanti tu knp?” – ‘Kembar’ Jep Sepahtu Cvri Perhatian Lagi, “Muka Sepesen”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*