Subhanallah, Wal4u Diselimuti Dan Terend4m Dalam Lumpur, Al-Quran Ini Tetap Indah Saat Dibuka. Allahuakbar

AL-QURAN adalah mukjizat agung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kitab suci keempat yang wajib diimani oleh umat Islam seluruh dunia mengandungi 114 surah dan 30 juzuk.

Diselimuti dan terendam dalam lumpur, ia tetap indah saat dibukanya, bagaikan tak terusik dengan lumpur yang menenggelamkannya. Al Quran ia mukjizat yang Agung di sepanjang zaman, membacanya menjadikan kita dekat kepadaNya.

Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu mukjizat Baginda. Turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk umat manusia sehingga ke hari kiam4t.

Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Orang-orang yang boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan tajwid yang betul baik akan memperoleh dua pahala.” (HR Bukhari dan Muslim).

Al Quran ini di temui dalam lumpur oleh sukarelawan sewaktu misi B4njir di Kelantan”

Sumber: facebook / bicarakini

Perkongsian berkaitan Kitab Suci Al-Quran sebagai Mukjizat teragung;

Al-Quran mukjizat agung tiada tandingan

Uniknya, di Malaysia kita menyambut saban tahun hari penurunan al-Quran (Nuzul Al Quran) sebagai satu mukjizat agung Nabi Muhammad SAW sehingga hari itu dijadikan sebagai cuti umum bagi negeri tertentu.

Kalangan ulama berbeza pendapat berkaitan tarikh turunnya al-Quran, namun ulama juga menyatakan bahawa kitab suci itu diturunkan ketika Ramadan.

Sungguhpun begitu, pasti akan timbul satu persoalan iaitu kenapakah al-Quran yang dipilih untuk dijadikan sebagai mukjizat dan bukan keistimewaan yang lain? Jawapan bagi persoalan ini perlu diterokai bersandarkan kepada sirah nabawiyyah dan mukjizat nabi dan rasul.

Sekiranya kita merenung kembali kepada zaman Nabi Musa AS, kita akan mendapati bahawa amalan sih!r dan ilmu hit4m menjadi fenomena masyarakat pada zaman itu.

Malahan, Fir4un yang mengaku dirinya tuhan turut mempunyai ahli sih!r ‘kelas pertama’ yang mampu mengaburi mata rakyat mengenai apa jua kedvstaannya. Maka, Allah SWT menurunkan mukjizat kepada Nabi Musa AS apabila tongkatnya mampu berubah menjadi ul4r.

Perubahan ini bagi tujuan untuk menandingi peny!hir diraja Firaun dan akhirnya semua yang terpana dengan mukjizat Nabi Musa AS beriman kepada Allah SWT.

Begitu juga halnya dengan era Nabi Sulaiman AS, masyarakat pada waktu itu menggeruni kekuasaan dan kerajaan Saba’ di bawah pemerintahan Ratu Balqis yang menyembah matahari.

Allah memberikan kehebatan mukjizat Nabi Sulaiman AS dengan kerajaan manusia, jin dan haiwan bagi menandingi kerajaan Ratu Balqis. Baginda mampu bertutur dalam bahasa jin dan haiwan sehingga kisah ini diungkapkan dalam Al-Quran.

Akhirnya, Ratu Balqis memilih untuk berserah diri dan menyembah Allah SWT. Secara sepintas lalu, dapatlah kita simpulkan bahawa penurunan mukjizat kepada nabi AS adalah berdasarkan kehendak, fenomena dan ‘trending’ lokaliti pada sesuatu era.

Tidak hairan al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana pada zaman itu masyarakat jahiliah sangat mengagungkan hasil sastera dan puisi Arab.

Keadaan geografi tanah Arab yang kering kontangografi bukan sasaran taklukan empayar Rom dan Parsi. Ini termasuk aktiviti ekonomi yang bersifat sederhana dengan bumi yang t4ndus serta jalan perdagangan kerap menjadi laluan romp4kan termasuk pep3rangan antara kabilah dalam kalangan mereka.

Sungguhpun begitu, ilmu kesusasteraan mempunyai nilai estetika yang tinggi sehinggakan kalangan pujangga yang mendeklamasi puisi dan pengucapan awam ditakuti oleh raja dan pemerintah kabilah.

Antara pujangga terkenal ketika era jahiliah, termasuk Imri Al Qays, Zuhair, Labid, Antarah dan sebagainya. Mereka akan mendeklamasikan puisi di pasar yang terkenal antaranya, Pasar Ukkaz dan puisi yang terbaik akan dipilih untuk ditulis dengan warna emas dan digantung di kiswah (dinding Kaabah).

Tandingi kepakaran pujangga

Begitulah hebatnya puisi dan pengucapan awam dalam ilmu kesusasteraan Arab sehingga diagung-agungkan oleh masyarakat jahiliah. Berikutan itulah, al-Quran dipilih bagi menandingi kepakaran pujangga dan seterusnya menandingi semua makalah puisi agung yang digantung di dinding Kaabah.

Susunan ayat, laras bahasa dan gaya seni yang digunakan dalam al-Quran begitu unik. Ia kaya dengan unsur metafora, ritma, aliterasi, asonansi dan sebagainya menyebabkan pujangga dan masyarakat jahili4h menjadi hairan dan takjub.

Mereka tidak dapat menerima kebenaran tentang kehebatan al-Quran sehingga ada yang mendakwa bahawa al-Quran adalah rekaan Nabi Muhammad SAW (Ath-Thur : 34) dan ia adalah sih!r yang dipelajari daripada orang-orang 25).

Malah, lebih teruk lagi muncul Musailamah al-Kadzab yang mencipta sendiri ayat yang hampir sama bunyi dan laras bahasa untuk menandingi al- Quran namun ternyata semuanya gagal.

Keindahan dan kesenian bahasa al-Quran turut menyebabkan dua pembesar Makkah masuk Islam iaitu Umar Al Khattab dan Al Walid Ibn Al Mughirah. Ini tidak termasuk lagi kehebatan al Quran seperti ilmu sejarah, psikologi, matematik, sains, kesihatan dan sebagainya.

Bahkan hebatnya al-Quran kerana ia masih lagi kekal dalam bahasa Arab dan susunan ayat masih lagi tidak berubah sejak penurunannya berbanding kitab ajaran lain seperti Bible yang asalnya bahasa ibrani sudah berthasakar menjadi

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa al-Quran adalah mukjizat agung yang diturunkan kepada umat Islam yang perlu dibaca dan dihayati setiap masa. Laras bahasa dan susunan ayatnya yang unik mampu dijadikan panduan kepada rakyat Malaysia untuk bercakap secara terus mahupun mengetik papan kunci di telefon bimbit mahupun komputer dalam menyelusuri media sosial berbudi sopan.

Jangan pula jadikan media sosial sebagai wasilah untuk kita memfitn4h, menabur berita p4lsu dan membudayakan bahasa yang tiada adab dan jati diri kerana perkara tersebut bukan sekadar tidak menepati gaya penulisan bahasa al-Qurantikan.

Marilah sama-sama kita menginsafi dan mentadabbur segala intipati yang terdapat dalam al-Quran dan semoga kita dapat memanfaatkan sebaik-baik sambutan Nuzul Al-Quran baru-baru ini agar kita dapat menelaah dan membaca al-Quran

Penulis ialah Pengarah Unit Debat, Advokasi dan Oratori, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Sumber: Berita Harian via animalsfeeds

GoodNews menyajikan maklumat sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai penelitian dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk hiburan. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda : “Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Subhanallah, Wal4u Diselimuti Dan Terend4m Dalam Lumpur, Al-Quran Ini Tetap Indah Saat Dibuka. Allahuakbar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*