Al Fatihah. Pelak0n, Penulis Trkenal JitMurad Menln,gg4l Duni4. Kehlang4n PrmataSeni

Kuala Lumpur – Penulis, pelakon teater dan filem terkenal, Jit Murad melaporkan mening.gal dunia pada Sabtu.

Berita pemergian Jit atau nama sebenarnya, Aziz Mirzan, disahkan oleh beberapa teman rapat Allahyarham. Setakat ini, punca sebenar kema.tian Jit masih belum dikenali pasti.

Jit yang merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor mula aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987.

Beliau juga merupakan abang kepada penerbit filem, Na’a Murad.

Antara produksi teater popular yang ditulis serta dibintangi oleh Allahyarham termasuk Spilled Gravy On Rice 1995, The Storyteller 1996 dan G.old Rain and Ha.ilstones 2002.

Allahyarham yang dilahirkan di Kuala Lumpur mempunyai pendidikan dalam bidang Sosiologi Pengajian Bandar dan Ijazah Sarjana dalam Seni Sejarah.

Sepanjang kariernya, Allahyarham disegani sebagai seorang penulis, pelakon dan penerbit teater yang berdedikasi dan dinamik.

Beliau turut dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan beberapa naskhah kontemporari yang pernah memenangi beberapa anugerah termasuk di Anugerah Boh Cameronian.

Allahyarham pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar dari industri kreatif Malaysia termasuk Datuk Krishen Jit, Datuk Zahim Albakri dan Jo Kukathas.

Beliau pernah membintangi filem, Selubung, Mimpi Moon, Tal.entime dan 1957 Hati Malaya Setakat ini, masih perkembangan terkini berhubung pemergian Allahyarham.

Kredit : Astro via onlinemalaya

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Al Fatihah. Pelak0n, Penulis Trkenal JitMurad Menln,gg4l Duni4. Kehlang4n PrmataSeni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*