Seh4ri selepas suami ma.ut ter$epit tayar k0ntena… b4lu luah rasa rindu, jiwa kosong – “Abang rehat ye… I love you Danial Imran”

INSIDEN kemalangan maut melibatkan sebuah lori kontena dan motosikal yang meragut nyawa penunggangnya pada pagi Jumaat, benar-benar meruntun jiwa warganet.

Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 8 pagi di Jalan Sungai Buloh menghala Damansara Damai, mangsa, Danial Imran Kamarolzaman, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di bahagian tayar lori kontena berkenaan.

Perkongsian balu Allahyarham, Emylia Shazlin, yang meluahkan rasa sedih di atas pemergian suaminya menerusi Instagram Story, turut membuatkan netizen sayu.

Menyay4t hati… penunggang motosikal m4ut tersepit tayar k0ntena, polis kesan saksi kemalang4n

“Sayang rindu abang….ya Allah.

“Dah takde senyum awak, dah takde dah gelak awak. Semua dah takde. Kosong jiwa saya sekarang.

“Abang rehat ye. Tunggu sayang nanti. Kita jumpa dekat sana. I love you Danial Imran, suamiku,” tulisnya.

Salah satu hantaran Emylia pada Instagram Story miliknya.

Menerusi beberapa hantaran di medium sama, wanita berkenaan turut memuat naik gambar kenangannya bersama suami, selain ucapan takziah daripada kenalan mereka di atas berita duka tersebut.

Menurut Emylia, suaminya dikebumikan sekitar pukul 1.20 pagi Sabtu di Tanah Perkubvran Islam Sungai Plong, Sungai Buloh, Selangor.

“Alhamdulillah Allah permudahkan jalan kami menghantarnya buat kali terakhir.

“Terima kasih kepada keluarga dan sahabat-sahabat kami yang banyak membantu dari awal hingga akhir.

“Doakan arwah suami saya dilapangkan kubvrnya, diampunkan d0sanya dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh,” tulisnya lagi.

Majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Danial Imran.

Terdahulu, dalam kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis mengenai in$iden tersebut, beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.16 pagi, pada Jumaat.

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak membawa keluar mangsa menggunakan peralatan ‘air lifting bag’ serta bantuan excavator.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis sedang mengesan saksi kemalang4n m4ut tersebut.

sumber:MSTAR

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Seh4ri selepas suami ma.ut ter$epit tayar k0ntena… b4lu luah rasa rindu, jiwa kosong – “Abang rehat ye… I love you Danial Imran”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*