In$iden ibu m4ut bersama bayi terkeluar dari kandung4n… kakak ipar sebak anak arwah Nor Hasliza asyik tanya “mana abu?”

Demikian soal seorang anak kecil yang bertanyakan ibunya, Nor Hasliza Abdul Yazaib, 25, yang m4ut bersama anak keempat dalam kemalang4n membabitkan pertembungan dua motosikal di Kampung Lumpur di Pasir Mas, Kelantan, Jumaat malam.

Soalan itu ternyata mengundang sebak kakak ipar arwah iaitu Mastura Mahadi yang masih bersedih dengan pemergian Allahyarham.

Wanita berusia 37 tahun itu berkata, anak saudara lelakinya yang lebih mesra apabila haziq baru berusia tiga tahun dan tidak memahami kejadian yang berlaku.

“Haziq pelat, jadi dia panggil ibu dia dengan panggilan abu. Semalam Haziq cakap abu dah ‘mati’, dia sempat tunjuk ke arah lokasi kejadian seperti tahu ibunya telah meningg4l dunia.

“Hari ni dia tanya pula mana abu. Selepas jenazah dikebumikan masih lagi dia tanya. Dia tak menangis sebab tak faham apa sebenarnya berlaku,” katanya kepada mStar.

Urusan pengebumian jenaz4h pada pagi Sabtu. foto ihsan Mastura Mahadi

Mastura berkata, anak sulung arwah yang berusia lapan tahun dan lebih mesra dipanggil Irdina kelihatan lebih tenang.

“Kakaknya Alhamdulillah boleh menerima. Tapi tidak mengerti apa itu kematian dan kehilangan.

“Si kecil saja bertanyakan tentang ibunya. Saya sendiri ada anak-anak sedih mengenang anak-anak arwah tanpa ibu,” tambahnya yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

Menurut pembantu pengurusan murid di sebuah sekolah itu, adik iparnya disifatkan sebagai seorang yang penyayang bukan sahaja pada anak-anak kandung, malah bagi anak-anak saudara.

“Arwah seorang yang happy-go-lucky dan cukup baik dengan anak-anak saudara. Kadang-kadang dia selalu jumpa anak-anak saya dan bawa jalan-jalan.

“Saya dengan arwah juga sekepala, mudah untuk dibawa berbincang. Kali terakhir kami berjumpa pada awal bulan ini,” katanya yang menetap di Pasir Mas.

Mastura berkata, jenazah adik ipar bersama anak saudaranya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Stol di Pasir Mas, kira-kira pukul 11​​pagi Sabtu.

Bayi dalam kandungan Nor Hasliza daripada rahimnya terkeluar akibat kemalangan itu.

Dia turut berharap seorang lagi anak saudaranya yang juga anak kedua arwah, Nurul Iman Maisara Mohd Khairi, 6 yang kini mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) segera pulih.

“Saya mohon semua mendoakan anak saudara saya supaya kembali pulih,” katanya sambil menambah anak kedua arwah membonceng bersama ibunya ketika kejadian dan kecederaan parah di kepala, muka dan tangan.

Nor Hasliza meninggal di tempat kejadian di Kampung Lumpur, manakala bayi lelakinya yang terkeluar dari kandungan, meninggal dunia pada pukul 12.30 malam di Hospital Pasir Mas, selepas lima jam bertarung nyawa.

Dalam nah4s pada Jumaat malam, tiga maut termasuk seorang remaja lelaki, Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, penunggang motosikal yang betembung dengan Nur Hasliza yang sarat mengandung sembilan bulan.

sumber:MSTAR

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "In$iden ibu m4ut bersama bayi terkeluar dari kandung4n… kakak ipar sebak anak arwah Nor Hasliza asyik tanya “mana abu?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*