Selang sehari, dua ibu muda menin,ggal dunia lepas bers4lin anak sulung

Hasrat bagi menatap wajah zuriat tercinta tidak kesampaian apabila segala-galanya sudah tertulis untuk mereka yang telah dipanggil menemui pencipta-Nya.

Itu kisah pengorbanan dua ibu muda yang ditakdirkan meninggal dunia selepas melahirkan cahaya mata sulung masing-masing.

Allahyarham Umi Afiqah Alhanis Mohd Azmi, berusia 26 tahun meninggal dunia selepas melahirkan bayi perempuan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada 15 Ogos lalu akibat komplikasi dalaman.

“Sungguh hebat jihad & syahid buatmu adik iparku. Allah telah berjanji kepada seorang puteri apabila dilahirkan nanti namun pemergianmu, Allah sahaja yang mengetahuiNya..

“Perginya dirimu amat dirasai oleh semua orang. Linangan air mata membasahi bila mengenangkanmu. Sesungguhnya aku berdoa agar dikau tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” luah Mohd Azhar Azmi.

Sementara itu, Allahyarham Noor Syahira Azizi, berusia 21 tahun meninggal dunia pada 16 Ogos lalu selepas 10 hari melahirkan bayi lelaki di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Menurut pihak pengurusan jenazah Mr Wan Cai Official, arwah dalam keadaan normal selepas bersalin namun kesihatannya tiba-tiba merosot sebelum diserang sawan serta hilang ingatan sehingga koma.

“Doktor menemui otak ibu muda ini sudah tidak berfungsi selepas bertarung nyawa.. Akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang..

“Berakhir juga satu penderitaan.. Terhenti sudah segala kesakitan.. Perginya seorang isteri dan insan yang dicintai.. Terputus sudah sayang di antara si suami dan si isteri,” kongsinya.

Al-Fatihah dan salam takziah buat kedua-dua keluarga arwah. Semoga roh mereka dicuuri rahmat dan diletakkan di syurga Allah SWT.

sumber:WOWBERITA

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Selang sehari, dua ibu muda menin,ggal dunia lepas bers4lin anak sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*